Monday, September 1, 2014

Waktu.

assalamualaikum.

3 minggu lagi final exam akan memunculkan diri. remember dulu bila tiba je musim test/exam mula la makcik sorang ni gabra tak bertempat. begitu juga la sekarang. cumanya dulu sesak2 nak test/exam ngadap aje la buku2 tebal tu or buat latihan tapi sekarang... assignment presentation quiz sekali datuk nenek dia nak join sekali. mana tak haru biru jadinya. 

waktu. yes waktu sekarang ni berlalu punya la cepat macam kereta api ekspres. tu pun masih taksedar2. masih juga manggu manggu tak buat apa2. taksedar diri tu waktu tu berlalu, dok juga cakap cepat la cepat la semata2 nak tunggu cuti datang. tapi nanti time cuti gatal mulut dok sebut 'cepatnya cuti habis' takpun bila deadline assignment esok pastu baru gopoh buat malam tu sibuk dok tengok jam doa dalam hati biar masa lambat berlalu. ehem. tahu sangat daaaa :| 

anyway, selama 3 bulan masuk 4 bulan
senang cerita nak habis sem da nih. macam2 benda da berlaku. ada gaya macam plkn dulu la. macam2 manusia aku jumpa. cumanya berkat duduk plkn tak lari2 dulu, aku lebih kurang terbiasa da. takde la skema sangat nakculture shock bagai la pula kan. so mari la eh bersembang sambil skrol2 gambar gitu. 


ni budak2 kelas aku. kelas 1B sampaila 5B. yes. sampai kesudah sem kami bersama. harapnya biarla semua masih ada. taknak la DL ke tukar kelas ke apa ke. cumanya ada sorang da quit. tu takmo cerita la. 


orang macam aku ni memang jawapan dia berzaman nak rapat kan. kalau kurang dari setahun tu alamatnya kelaut la. but well, being in here i need to learn and change my style. yela kau 2 tahun lagi nak sama kelas. kalau jadi katak bawah tempurung or berlagak tak bertempat baik balik belajar belakang rumah je /takpasti kenapa belakang rumah/ they're sporting. sangat best and periang lagi peramah. glad to be part of this class. 


groupmate aku. and antara yang aku baik. i mean yg ngam la. baik dengan semua orang. 


ni stok poyo tunjuk rajin lagi fotogenik. ke fotogedik. haha tapi apehal kening tebal semacam. heh. 


view dari atas fakulti. yes. fakulti bukit tonggek yang amatla tinggi makanya menapak setiap hari. tapi last2 naik shuttle sebab tak menyanggup nak bakar kulit. haha bukannya nak bakar lemak kan. hampeh punya perempuan. 


malam habis paper socio for midterm. waktu2 ni aku da mula bercampur da. haha sengal macam apa pula kan. well dorang ni sangat best kot. walaupun macam2 la kan normal ragam manusia. but they really made my day sometimes. kadang tu almaklum la makcik ni emo sendiri. 



with Salihah. cik leha gorges. sangat stylo ini makcik. rileks je. 


haffiz and umie. antara yang rapat in class. haffiz tu tiba2 je muncul. haha ok gurau. duduk depan belakang pun baru sedar kot pakcik ni dalam kelas. halimunan ka kamu selama ini? /ayat bajet zaman tun teja la sangat/


forever my sayang. haha. makcik ni paling payah nak jumpa kot. kejap sorang kelas kejap sorang meeting kejap karang sorang tidur. haih. lately ni jehla banyak spend time dengan dia. 

soon sem2 da nak muncul. no more ayat 'oh part1' 'oh freshie' 'oh budak baru'. and so on. things and surrounding have changed and they will keep on changing. human too. so try and try to adapt without having to have a culture shock. be you. 

duduk di fasa universiti ni bukan takat nak mengelamun fikir jodoh. this is our time to outshine ourself. masanya untuk kita mencari diri kita. jangan terlalu letakkan diri pada perkara yang tah apa2. cari kawan sejujurnya kawan. if not, move alone but be good to other. nak tak nak, kena ada kawan. ingatan untuk diri sendiri juga. 

bagi aku, ini masanya untuk aku kejar cita2 aku. segala apa yang datang itu adalah dugaan untuk mematangkan diri aku. itu tandanya Allah sayangkan aku sebagai hambanya. aku nak mama papa senyum bangga dengan pencapaian anak perempuan mereka. amanah dan tanggungjawab dilaksana tanpa ada rasa penat mahupun sesal. doakan yang terbaik buat diri sendiri juga yang lain. 

insyaAllah. 


No comments: