~ assalamualaikum ~
Seriously *aishh suka benar guna perkataan nih* 2010 berlalu begitu sahaja tanpa saya sedari (skemanya ayat). Okeh okeh back to normal! Rasanya tahun nih tak banyak yang saya lalui. Segalanya seperti biasa dan terasa 2010 nih macam hambar sangat.
Sekolah macam biasa sangat happening dan sangat pening sebab kelas saya selalu jadi mangsa kena marah/tengking/herdik dan etc. Alahh macam mana tak kena, student dalam kelas tuh semuanya hantu- hantu belaka, termasuklah orang yang tulis nota nih. Nasib baik kelas saya mendapat seorang guru kelas yang sangat baik dan bertimbang rasa!
Selain itu, tahun nih juga merupakan kali pertama saya eksiden dengan kereta pertama along! Wahh pengalaman yang mengerikan dan sumpah kalau boleh tak nak kena lagi *puh kanan puh kiri*. Tak lupa juga, tarikh keramat 101010 yang sepatutnya semua cover depan surat khabar menceritakan tentang perkahwinan angkasawan kita tetapi cerita tuh betul-betul di'cover' dengan cerita kemalangan ngeri yang meragut nyawa!
Hmm di penghujung tahun saya dikunjungi oleh penulis novel kesayangan saya dan kesayangan ramai iaitu Kak Ain Maisarah! Wahh sungguh tak disangka-sangka. Terima Kasih Kak Ain :)
Tahun ini juga saya mendapat adik baru iaitu Rayyan Harith anak mummy dan juga mendapat berita bahawa mama saya sedang mengandung. Wahh lagi banyak mak lagi tambah adik. Hehh tetap saya masih perempuan tunggal. Apakah! Hahh macam mana nih. Kesian saya :'(
Lagi-lagi hmm haaa *silalah bayangkan reaksi saya sekarang nih* along saya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Adik saya yang sememangnya tinggi tidak berjaya mendapat keputusan melebihi jangkaan kami. Haha akak menang lagi. Teehee maaf terlebih competetive pula :D

Pada 12/12/2010 saya dan keluarga bercuti di Kuantan. Sebenarnya melawat pakcik yang sudah hampir setahun menetap di sana. Alang-alang itu, kami ke Terengganu sekali. Memang best sangat kat sana lagi-lagi di Pasar Payang. Seperti biasa, nenek-nenek dan makcik-makcik saya yang terlebih teruja berada di sana. Kalau ikutkan hati mereka, memang taknak balik tuh. Aishh, saya tahu saya tahu.
Mesti tanya, mana gambar? Hehh macam biasalah, minah senget sorang nih mana suka ambil gambar. Saya nih tak adalah lawa macam Taylor Swift tak pun comel macam Hanis Zalikha, manis tuh adalah *choitt masuk bangkul angkat sendiri yehh*. Haa tahun nih juga berlalu agak cepat. Banyak plan yang tak menjadi. Family gathering ke Kuantan sahaja sempat dilunaskan. Manakala, cuti-cuti ke luar negara tak dapat. Entah apa saja yang kami lakukan, rasa macam tak cukup jek masa yang ada. Kata papa " mungkin sebab tahun nih adik Fyq UPSR dan Rayyan pula lahir ". Hohh gitu ke? Betullah tuh.
Tak lupa juga, kejayaan negara pada tahun nih iaitu Juara Piala AFF Suzuki! Tahniah tahniah buat semua pemain kebangsaan yang berjaya mengangkat nama negara di persada sukan *hahh ayat apa tuh?*. Seperti semua sedia maklum Malaysia menang dengan agregat 4-2. Tahniah terutama sekali kepada penjaring terbanyak Safee Sali dan penjaga gol Malaysia yang tampaknya sekarang nih dah makin ramai minat, Khairul Fahmi Che Mat.. ehem ehem, dia dah ada buah hati yea.. hahh sila sila gigit jari! Hehe apa apa pun tak lupa juga kepada jurulatih K. Rajagobal kerana berjaya melahirkan (ishkk, lelaki pun boleh bersalin ke? oitt, apa lah minah senget nih mengarut!) pemain-pemain handalan! Hehh saya memang minat bola mungkin disebabkan takdir lahir dalam keluarga yang semuanya lelaki dan jadi satu-satunya perempuan. Kalau tak minat, hahh sila duduk jauh-jauh sambil mogok ' taknak tengok bola!' haha tapi takyah risau sebab 'SAYA MEMANG SUKA BOLA' lagi lagi kembar tuh. Tett sebelum dorang dua tuh kahwin/tunang erhh.. Sekarang pun tetap layan jeh, sokong bola :D
Dan aktiviti untuk hari ini iaitu hari terakhir di tahun 2010 saya habiskan dengan abang saya. Satu-satunya abang yang saya ada! Hehe kami pergi karaoke kat Jusco Cheras-Selatan. Okehlah, lagipun dengan along sorang jek saya selesa nak menyanyi. Orang lain saya segan. Dah tuh, sebelum pergi asah suara.. makanlah dulu kat Secret Recipe. Then, tengah-tengah makan along nak ke toilet dan pesan kalau habis makan terus bayar. Saya pun okehlah sebab duit memang saya yang pegang. Siap-siap makan semua, cepat cepatlah bangun nak bayar. Masa jalan menuju ke kaunter.. semua mata pandang saya macam saya nih kena tinggal pakwe.. dahlah kena tinggal pakwe lepas tuh kena bayar pula! Seriously, malu sangat sangat masa tuh. Entah apahal pandang pandang, baju memang tak pakai terbaliklah. Hehe :))
Selain itu,saya sendiri dah sangat-sangat jarang update ini belog. Maaf! Tapi tak pernah terlintas pun nak tutup terus belog nih. Sayang wohhh.. InsyaAllah, starting next year, I will rajin-rajinkan diri update belog nih. Kalau tak rajin juga.. *chopp jangan marah dulu* ... hee mungkin masa tuh saya busy, yelah saya kan dah nak PMR.. tsk tsk takut! Haha takutlah tak ada apa yang boleh kamu lakukan :p
So far, tahun 2010 tak banyak meninggalkan kesan dalam diri ini. Berharap semoga tahun 2011 menemukan saya dengan 1001 kebahagiaan, keceriaan dan kejayaan dalam apa jua yang saya lakukan dan doa ini saya tujukan buat semua. Amin.
Okehlah, sampai di sini sahaja. Saya akhiri tahun 2010 ini dengan meng'post'kan entri ini. Harap kalian semua yang mengikuti belog nih dah tak rindu-rindu saya lagi. Bye-bye 2010. Hello 2011 *sudah jangan jenguk-jenguk masuk jelah* hehe :)

~ adiaso amigos ~