Wednesday, January 10, 2018

3 years later,

here we are, in 2018.

3 tahun berlalu sejak hari terakhir aku tinggalkan jejak jemari di ruangan ini. heh, terlalu leka dengan dunia sendiri, sedikit pun tidak aku kongsikan di sini. mungkin juga aku jadinya tidak lagi mudah berkongsi cerita, tapi tipu kalau itu jadi alasan. lebih kepada lalai dengan segala kemudahan media sosial yang kadar kelajuan berkongsi cerita hidup adalah seribu kali ganda berbanding perlu menatap lama ruangan putih untuk diisi dengan cerita. kelakar kan jadi manusia, sebegitu mudahnya lupa. aku lah tu manusia nya, 

dah jumpa yang mudah konon ikut trend, terus lupa pada yang ini. yang dulunya setia menaip segala cerita. ruangan ini lah yang banyak menjadikan aku manusia. yang membantu aku untuk lebih dewasa. yang menguatkan aku untuk melalui segalanya. di sini aku jumpa dan berkongsi cerita. tapi yang ini juga lah, aku lupa. 

3 tahun berlalu,
dulu aku cuma pelajar diploma usia belasan tahun yang dari sehari ke sehari asyik bertanya adakah aku sudah matang. banyakkah pengalaman yang aku timba dan yang mampu mengajar aku tentang erti sebenarnya hidup. kini aku sudah 22, apa yang mampu aku kata, tidak ubah seperti 12 tahun. bahkan aku lebih matang dahulu berbanding sekarang. mungkin juga kerana situasi kini berbeza. dulu aku perlu mematangkan diri agar aku tidak mudah jatuh dan terus jatuh. aku perlu jadi kuat untuk diri sendiri. kini jujur aku katakan, aku dalam zon yang teramat selesa, maka itu aku jadi mengada. 

aku kini pelajar degree jurusan psikologi. jujur kata, aku perlu psiko diri sendiri lebih dari aku boleh tolong psiko kan orang lain. aku kini, usia 22, tapi lebih dijaga oleh mereka yang baru menginjak 20 dan 21. sisi cerah menjadi yang paling tua dikalangan mereka, lebih terjaga dan dijaga. aku kini, berada dalam zon selesa dan gembira. alhamdulillah. apa yang tak mampu aku rasa 9 tahun dulu, alhamdulillah, Allah berikan rasa itu pada aku. aku kini di universiti swasta, tidak lagi memikirkan hala tuju hidup kerana aku tahu apa laluanku, bahkan aku rasa ini mahuku sebenar benarnya mahu. kata gembira itu tak mampu menggambarkan rasa gembira yang sebenar.

3 tahun berlalu,
sejujurnya yang namanya kawan itu baru di sini aku belajar erti sebenarnya. baru aku sedar dalam 21 tahun aku hidup, lebih kepada aku berjuang sendiri untuk terus hidup. baru di sini aku tahu yang namanya kawan itu tidak menyusahkan dan tidak mengecewakan. apa kerana aku di sini? atau kerana usia ku kini, yang kadang terfikir lelah untuk berkawan, justru itu bila tidak dicari, ia datang dengan sendiri? entah, aku sendiri tiada jawapan. cuma yang aku tahu, aku terlalu bahagia di sini, dengan mereka. 

pendek kata, setelah 3 tahun berlalu, hidup aku lebih bahagia.

Saturday, August 29, 2015

Quick Update

Assalamualaikum. 

lama tak menulis kan. nak kata busy tu, boleh tahanlah juga lagi2 bila beberapa minggu lagi finals akan muncul kan diri. waktu begini adalah rush hour untuk menyiapkan segala kerja kerja yang perlu dihantar. alhamdulillah 80% daripada semua kerja berjaya dilaksanakan. 

sepanjang kehilangan ni, banyak yang dilalui. semenjak masuk U ni, banyak perkara yang ditempohi. kalau dulu di zaman sekolah, rasanya tak terjangka dek akal lah kan. chop! bukan buat perkara pelik2 eh. hehe. 

insyaAllah, jika habis semester ini dengan jayanya. maka hanya tinggal setahun, yakni 2 semester aku di lendu. rasanya sudah tiba masa aku perlu benar2 fikir hala tuju setelah diploma. dulu aku selalu yakin dengan kemahuan diri tapi makin hari aku mula confius. 

makin banyak aku belajar... makin aku bertanya pada diri, inikah mahu ku? menjadi seorang pelajar masscomm menyebabkan aku sering dilabel dan distereotaip kan. tipu jika aku tidak rimas. jadi itu... aku mula terfikir untuk ke bidang lain. psikologi mungkin. hm. 

anyhow... untuk masa ini aku perlu fokus yang di depan mata. lain cerita tolak tepi. since next year aku bakalan 20 tahun, isu takde buah hati asyik diperkatan. bosan sebenarnya.. apa hidup ni tak ada perkara lain ke. jalan hidup aku jauh. bagi aku belajar dahulu. kataNya ada, maka ada. kunfayakun. 

cukuplah pada yang bertanya. 

Saturday, May 16, 2015

kalau sudah waktu.

binasa itu binasanya aku
kala leka itu terus berlalu
hati yang sakit itu aku
kala rasa itu adalah rasaku

hidup itu hidupnya aku
kala bumi berputar laju
setiap waktu adalah tentu
cuma aku perlu tahu

kerana hidup ini tiada yang jitu
jika berlalu maka perginya laju
harusnya nanti kau akan tahu
bahawa tiada yang menunggu

apa mungkin ajal menjemput dahulu
jika iya terimalah itu waktu ku
jangan diraksa hati pada yang Satu
kerana sudah tertulis itu takdir ku.

Monday, February 2, 2015

Ingatan.

hidup bukan semata lembaran puisi
tapi hakikat suatu pentas tragedi
namun ada juga disangkut memori
biar tabir diri mampu berdiri

memori yang terpalit menjadi bukti
baik yang terjadi maka senyumlah sendiri
buruk yang dihadapi maka tangisi
tapi jangan pernah dusta pada Illahi. 

assalamualaikum. 

dulu tempat ni selalu jadi ruang untuk aku meluahkan rasa. eceh. diari bergerak mungkin. tapi setelah dewasa , aku jadikan medium berkongsi cerita. meskipun cerita itu cerita aku sendirian. bebelan serta omongan aku sendiri. kalau yang aku pelajari, harus ada sender dan receiver namun di sini hanya sender yang syok sendiri. hehe. any silent reader out there , im truly thankful and honoured to have you guys as my silent readers. walau siapa pun dia. walau dalam fikirannya penuh dengan 'apa aje la makcik sorang ni bebelkan' tapi tetap ego taknak berhenti baca because believe it or not, my way of writing is just too attempting and you couldn't resist to not read it. hahaha. perasan. 

kali ni , nak cakap tentang apa yang aku tuliskan di atas. nak kata sajak tidak. nak kata pantun juga tidak. nak kata puisi, bahasa kaku sekali. entahlah luahan hati cara berkias mungkin. haha. hidup ni , dunia ni , pentas sebenar benarnya. kita adalah watak-watak yang menjadi tunjang utama. pernah tengok drama? masakan drama boleh terbentuk sendiri tanpa jalan cerita. masakan jalan cerita boleh berada sendiri tanpa bukti pernah terjadi. rata-rata yang berlaku dalam drama itu adalah seperti apa yang berlaku dalam kehidupan. 

yes. ada juga cerita bergenre sci-fi , zombie dan pelik pelik lagi la. itu adalah gambaran imaginasi manusia. jika dalam drama si hero mahupun heroin pasti mampu bangkit setelah jatuh gedebak gedebuk bukan takat sudah jatuh ditimpa tangga pula tu, memang yang tahap kalau takde kekuatan terus serah diri gali sendiri baring sendiri dalam kubur. begitu juga kita, kita perlu bangkit sendiri. perlu cari jalan untuk keluar dari segala masalah yang kita lalui biar macam mana sekalipun kita jatuh. 

kenapa tidak sama kan diri kita dengan watak di dalam drama? sebab watak itu hanya ciptaan semata? habis yang menjayakan watak itu bukan manusia. atau hanya itu cuma cerita semata? habis script writer sukahati aje buat cerita ? jangan terlalu cari alasan. jangan terlalu tolak kebenaran dan jangan terlalu pandang rendah akan kebolehan. Allah jadikan setiap hambaNya sesempurna pandangan. namun sayang , diri sendiri tak pandai menilai. 

pernah tengok cerita KIL ? sesuatu pada cerita itu menarik pandangan. mengajak diri untuk melekat depan tv *pfft padahal cmp takhabis baca lagi, hampeh betul*. dalam KIL , watak Akil beriya iya nak membunuh diri hanya kerana rasa dosanya pada ibunya dan kerana rasa bersalah dia yang mengakibatkan kematian ibunya sehinggakan dia pula yang upah orang untuk bunuh. 

point aku di sini adalah , memang aku akui kadangkala dalam hidup kita ni ada masa kita rasa sangat sangat useless untuk terus hidup. adakala , seperti kes Akil , yang kini sebatang kara , untuk teruskan hidup tu dah rasa macam takde keperluan. kadang rasa tiada tujuan , tiada harapan apatah lagi semangat. namun harus ingat , lahirnya kita di dunia ini dengan satu amanah , satu tanggungjawab iaitu untuk menyembah yang Esa , untuk patuh padaNya dan untuk menurut perintahNya. sebagai seorang Islam, tahu hukumnya bunuh diri itu haram bahkan terdapat di beberapa negara yang bukan Islam , termaktub dalam undang undangnya yang mengatakan membunuh diri adalah salah kerana orang2 tersebut dikira merampas hak manusia. 

memang lah kalau aku kata  nampak mudah kerana aku masih punya keluarga , masih punya arah tuju dan masih punya cita cita. namun , orang2 yang putus asa itu harus cuba berhenti berfikir soal kematian , pandang keliling , silap mungkin mereka punya ramai orang yang sayangkan mereka meskipun tidak sealiran darah. namun tidak perlu pandang jauh , Allah itu ada. yang sentiasa ada. 

" boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia baik bagimu dan boleh jadi , pula, kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" - surah Al Baqarah, ayat 216. 

Tuesday, January 27, 2015

Sepi

assalamualaikum. 

satu tempoh yang agak lama tidak aku menulis di ruangan ini. 2015 menjelma sudah, setahun lagi usia aku menginjak. isu matang ataukah tidak terus menjadi persoalan. makanya tidak mahu lagi aku berbahas tentangnya. cuma satu mampu aku kata , tahap kematangan seseorang manusia itu seiring dengan kehendaknya untuk belajar dan bangkit dari apa jua kenangan silam dan pengalaman hidup. 

aku masih di sini. masih bergelar seorang pelajar , masih melalui rutin kehidupan yang sama. masih bertemu ragam manusia yang pelbagai dan juga masih takutkan pengalaman lama. mulut kata semua tu aku dah tinggalkan , akan tetapi hati masih ditakuk lama. aku masih aku yang payah untuk menerima insan lain sewenangnya. 

19 tahun. 

heh. itu cuma angka. kalau fikiran masih bersangkut pada yang lama, tiada guna kehidupan meskipun umur itu terus bertambah. andai ilmu di dada tiada , andai dendam lama beraja dan andai pengalaman tidak dibaja. apa guna tingkatnya usia. aku masih mencuba. 

seorang hamba Allah bertanya, kenapa begini berubahnya aku ? 

pada diri aku pun tiada jawapannya. selagi hati tahu tiada yang negatif padanya, selagi hati tahu Allah masih Satu , aku tenang dengan perubahan ini. jalan takdir Allah tentukan perubahan ini. kehidupan itu banyak pasang surutnya. manusia yang wujud itu pelbagai jenisnya. salah satunya aku. bukan aku membenci pada siapa yang pernah mencuba tapi aku syukur , Allah jumpakan mereka untuk mengajar lebih tentang hidup. Allah temukan aku pada rakan yang mampu aku berpaut juga pada rakan yang seeloknya aku lepaskan. 

untuk jawapan pada pertanyaan. 

yang pergi itu aku
yang menjauh itu aku
yang berlalu itu aku
yang berahsia itu juga aku

sedang kau terus menduga
sedang kau terus bertanya
sedang kau lantang berkata
sedang kau masih terlupa

akan tindakan aku punya cerita
satu perkara tak mampu dipinta
kerana nanti bila berkata
mungkin punya hati terluka

biarlah aku menyepi
tolak menjauh diri sendiri
bagi aku itu arah berani
meski di tepi terus membenci

manusia itu tiada mudahnya dipenuhi
kehendak mereka selalu menjadi-jadi
di minda langsung tak mengerti
akan apa yang sendiri alami

pergilah pergi jangan pernah kembali
yang pahit itu cuma memori
yang sakit itu hanya diingati
tak hendak lagi untuk dirasai

gembira bertemu bukan dibibir
selamat tinggal juga tidak ditabir
pertemuan kemudian jangan ditagih
kerana diri ini tak mampu berdalih

maaf pada yang terucap lagi. 

Tuesday, October 7, 2014

terima kasih.

assalamualaikum.

071014.

makin matangkah aku?

persoalan yang terus menjadi persoalan. aku tak mampu nak kata aku matang, sebabnya masih banyak yang perlu aku belajar meskipun sudah banyak yang aku lalui. penulisan adalah satu-satunya medium untuk aku berkongsi apa yang aku rasa sebab aku bukan jenis berkata. yela nasihatkan orang or merepek meraban tu kegunaan paling cemerlang tapi untuk yang tersirat ni memang gagal sama sekali.

menginjak usia 18 tahun ni da macam macam aku lalui and banyak pros and cons nya. tapi apa yang lebih aku nampak, aku seakan jauh dan terus jauh dari kelompok manusia. teman-teman ku hanya buku dan imaginasi kalah budak 6 tahun. hehe. memangla aku ni cepat serik orangnya. tapi degil tu tetap degil. itu aku akui. apa yang berlaku dahulu menyebabkan aku jauh daripada orang-orang disekeliling. dulu aku rasakan ini bukan isu besar, tapi ternyata hoi bawa masalah kot. haha. gamaknya budak aiman ni kadang cakap takde pandang kiri kanan, main sembur je. ha kau dah jadi masalah dunia da.

ternyata yang rapat dengan aku adalah orang-orang yang paling banyak kena. maaf tu takpernah lekang tetapi buat lagi dan lagi dan lagi. hm. sebab tu ramai yang pergi. semua pun ada limit. datang perangai sakai aku, dua tiga kerat jekla yang tahan dan sabar. selebihnya mengundurkan diri. yang faham aku, terus faham. yang tak mampu, aku faham. sebab tu la aku takboleh melekat dengan orang sangat. takut tindak tanduk aku mencederakan orang tu secara mental dan bukanlah fizikal. apa, fikir aku ahli gusti ke ! hehe.

semakin aku melangkah, semakin aku jumpa dengan pelbagai ragam. menjadi aku, memang jujur bila aku rasa perlu. meskipun ada yang terus menjadi simpanan tetapi jika dirasakan wajar, aku tak teragak-agak untuk berkata. aku tahu kadang tu tahap terlebih jujur aku ni buat orang terasa. hm nak buat macam mana, mulut ni takboleh kawal. kalau aku tak suka aku cakap aku tak suka tapi kalau suka, haha kadang-kadang tu ego tinggi taknak cakap. pastu melalut tah apa apa.

Allah Maha Mengetahui. Dia tahu hambaNya yang seorang ini slowmotion sikit. jadi dia dekatkan aku dengan orang-orang yang tahap kesabarannya lebih tinggi dari Gunung Himalaya. hehe. aku kena ubah sikit demi sikit cuma bukanlah ubah diri lantas prinsip turut diketepikan. demi orang2 yang ehem aku sayang ni, kena la berkorban sikit dan sesuaikan dengan keadaan mereka. kalau mereka seikhlas hati terima aku faham aku dan sabar dengan aku, kenapa aku takboleh buat benda yang sama. hei payahla nak ikut kepala kau je. hehe.

jadi,

terima kasih atas kesabaran kalian.
terima kasih atas kefahaman kalian.
terima kasih atas keihklasan kalian.
terima kasih atas keterimaan kalian.
terima kasih atas kejujuran kalian.

doa aku, biarlah ikatan ini berkekalan.

in syaa Allah.

Wednesday, September 10, 2014

Masih Lagi ?

Assalamualaikum.

Pada siapa yang baca blog ni dari awal lagi, mesti pernah jumpa entri ini. So now da faham kan kenapa topik macam tu? Ke takfaham jugaa? Haha gaya macam nak cari gaduh je makcik sorang ni. Mehla refresh balik apa intipati pada entri itu yang tiba tiba membuatkan aku ingin menulis semula tanpa peduli bahawasannya final da jenguk jenguk panggil. Hahahahahaha. iya final da dekat da tapi calon yang kena masuk dewan ni, ala yang ni tu yang namanya Aiman Fadhilah binti Ahmad Rozley tu asyikla mengelamun aje. ish ish ish kalau terjumpa dia di mana-mana tolong katuk sikit kepala biul dia tu, biar sedar diri sikit. Haha jangan dibuat betul-betul pula, karang tiba tiba aku tengah jalan ada orang datang ketuk kepala aku. tak memasal jadi drama nanti.

okay okay jauh terpesong da. dia kalau bab membebel nombor satu la tapi cuba campak kat mana mana tempat yang muka fresh je di kotak ingatan makcik sorang ni, alamatnya dia la manusia paling diam dalam muka bumi ini sedangkan orang bisu masih mampu mengeluarkan bunyi dia tetap paling diam. hahahaha. so... back to the topic. hm about 3 years ago aku ada tulis tentang CINTA. yes, budak tingkatan 3 sekolah SMKBBSL cerita pasal cinta. but before you judge me, better korang baca. haha aku menyampaikan atau memberi pandangan aku soal cinta dan makna pada perkataan itu yang tidak hanya menjerumus pada satu makna iaitu cinta antara lelaki dan perempuan. akan tetapi makna cinta besar dan meluas kot. kalian aje yang menyempitkan fikiran langsung terus menjatuhkan hukuman.

orang sering cakap yang aku anti cinta. it's not that aku anti cinta cuma pada masa dan ketika itu aku masih di bangku sekolah yang mana bagi aku unneccessary untuk aku membebankan fikiran aku soal tu but yes tipu la kalau aku kata takde crush kan. that's normal. bagi aku lumrah hidup manusia untuk mempunyai perasaan suka. tidak juga aku menghentam or mengherdik or pandang rendah pada sesiapa yang bercinta di zaman persekolahan, mungkin da kata Allah begitu, begitu la. akan tetapi aku rimas pada yang tidak mampu untuk be fair pada tanggungjawab dan amanah diri. if nak couple then go ahead tapi takperlu la runsingkan orang lain. hehe budak budak sangat. 

okay itu zaman sekolah dulu. now 3 tahun kemudian aku da pun berada di peringkat universiti dan umur sudah pun menjejak 18 tahun. apakah masih sama pendirian aku? hm. mungkin juga. perasaan tu takpernah ada and takpernah sampai. yes crush masih ada. haha itu perlu kot. bagi aku itu macam satu adventure pada perasaan sendiri. haha. dulu di zaman sekolah aku seperti terikat pada janji sendiri untuk tidak bercinta sampai tamat SPM and now benda tu da jadi sebati dalam diri. kata along, aku banyak friendzone kan orang. hahaha. kalau da selesa sebagai kawan then why not. mungkin belum masanya lagi kan. hm entahla. soal ni semua aku tak fikir pun lagi. aku taksuka nak runsingkan kepala pada benda yang boleh dielakkan untuk dirunsingkan. okay faham tak? haha. tapi kalau nanti Allah kata sampai jodoh aku, then aku sebagai hambanya takmampu untuk mengubah takdir.

melihat pada cara penulisan dan penghuraian aku mengenai topik ini pada waktunya umur aku 15 terasa matang pula. haha. mungkin konsep cinta yang berlaku di sekeliling aku sedikit sebanyak mempengaruhi aku. semuanya berbalik pada diri sendiri. pada apa yang kita mahukan. yes semua orang nak merasai diri dicintai dan mencintai tapi lupa kah kita pada asal lahirnya kita da ada orang yang sayang kita seadanya kita. yang takpernah sekali pun mempertikaikan keadaan kita, yang tidak lelah menjaga dan melayan karenah kita, yang sedikit pun tidak mengeluh dengan kita. ya cinta dan kasih sayang kedua ibu bapa kita. susah payah mereka, penat lelah mereka. kenapa masih ada yang ketepikan mereka apabila bertemu kononnya cinta hati sedangkan cinta yang hakiki sudah lama dengan kita.

cinta pada Allah. kalau mahukan yang terbaik dalam diri, kenapa yang paling baik di ketepikan? pernah bersoal jawab tentang itu? pernah tanya diri berkenaan itu? pernah? pantang sedikit girlfriend call tak angkat cepat. padahal panggilan Allah itu sering dilewatkan. suka aje mengeluh sana sini sedangkan pada Allah tidak pernah dipinta untuk ditenangkan hati. ingat. sekali kita jauh dari Allah, apa yang kita ada itu bukanlah sesuatu yang diberkati. kalau nanti Allah jatuh pada peringkat bawah, takkan bahagia hidup. bukanlah nak mengatakan diri ini bagus dengan boleh selamba dek nak sound sound orang tapi sebagai peringat untuk diri juga. sama sama membaiki diri.

hm. taktahu kenapa tiba tiba topik ni menjadi perbualan semula. haha mungkin sebab aku nak tengok apa pandangan aku sendiri lepas baca balik entri budak sekolah dulu. well 3 tahun tak semestinya merubah orang kan tapi yes sekeliling berubah. baikla. sampai sini saja penjelasan saya. hahah sebarang pertanyaan bolehla merujuk kepada saya ya. soalan single lagi atau tidak, tidak akan dilayan. maaf. hahaha perangai kuat perasan takpernah berubah budak nih. hehe

Tuesday, August 26, 2014

Ikhlas

assalamualaikum.

lama da rasanya takberada di sini. mungkin kerana kesibukan semenjak bertukar status ni. tanggungjawab dan amanah didahulukan tanpa peduli. bukan bermakna yang lama perlu ditinggalkan cuma bergerak berjalan menuju yang menanti. 

3 bulan berlalu semenjak peralihan fasa dan status. macam2 da terjadi dan bakal jadi. berada di sini takpasti makin mematangkan aku ataupun masih aku ditakuk lama. bertemu pelbagai jenis manusia pelbagai jenis ragam dan pelbagai jenis cara. keberadaan aku di sini banyak menyedarkan aku tentang hidup. 

kenapa dengan ikhlas?

sedia maklum aku bukan jenis berkawan. bertahun aku sendiri. tapi aku takpernah kisah pun untuk berkawan. dulu aku naif /dan masih lagi/ so aku berkawan macam biasa tanpa sedar diri diperguna. not that i care actually, waktu tu rasa as long as ada kawan cukupla. takyah nak fikir dia ikhlas or not. tapi bila meningkat dewasa baru aku sedar, yes kawan kalau tak ikhlas sekejap je. sangat sekejap. 

the reason why aku melekat dengan family. ikhlas tak ikhlas they have to be ikhlas kerana kita takboleh tinggalkan family. tapi kawan.. kawan pergi kawan datang. aku bukan memilih kawan. BUKAN. tapi setiap yang cuba berkawan dengan aku, aku minta biarla ikhlas. 

i've met few people, 3 to be exact minus jiera and rianda yang boleh berkawan dengan aku kerana aku. not because my dad is a pilot. not because kerja boleh siap kalau baik dengan aku. so far mereka ikhlas /kot/ haha berkawan dengan aku. hati manusia takde sesapa pun tahu. 

uya pernah kata. if nak berkawan then berkawan without have to has any certain reason. itu yang dinamakan kawan. cuma permulaan cara berkawan tu boleh menjadi penyebab kenapa korang berkawan. let say, terjumpa kat pasar malam ke, takde duit seringgit nak bayar duit makcik kopok lekor then suddenly this one particular person baik hati takpe dia bayarkan and korang pun macam serba salah kata nak ganti tukar2 no telefon for the sake of ganti rm1 tu tuptup rupanya tu cara Allah nak jumpakan korang dengan kawan yang betul2 baik. 

itu kawan. 

being here. aku sendiri takpasti either ikhlas or not berkawan dengan aku because it is too soon to tell. but if aku da comfortable untuk berkawan dgn someone then aku akan teruskan persahabatan tu. tolong jangan pertikaikan and please please and please janganla cakap takyah kawan or takperlu kawan lagi senang. aku manusia. nampak je huhahuha macam ni tapi aku ada perasaan and just so you know, aku takpeduli orang marah aku gila2 ke apa tapi aku mudah terasa pasal hal kecil2. 

hm. 

Saturday, June 7, 2014

Kerana Fasa Itu Berlaku

Dan kerana permulaan itu sesuatu yang pada dasarnya menakutkan kerana tidak diketahui akan apa bakal berlaku. 

Dan kerana itulah perasan makin bercampur dan tanda tanya terus berlegar-legar di kepala menanti apa seterusnya.

Dan bila terjadinya pembaharuan dalam fasa kehidupan, pengalaman dan pembelajaran mula berlaku. 

Dan mulanya dari situ, identiti diri harus dibentuk dan jati diri harus diteguh agar nanti jangan berlalu mengikut arus semasa yang negatif. 

Dan ambillah nanti hanya positif agar biar keluar dunia luar lantas melangkah fasa seterusnya biar menjadi yang berguna untuk semasa dan sesama manusia. 

Dan meskipun kau terbang tinggi, yang lagi tinggi di atas langit, yang menjadikan bumi dan engkau sendiri itu jangan terus lenyap. 

Dan adapun kau menjadi orang berguna namun Allah yang Esa langsung kau lupa, ada baiknya tak langsung kau terus berbakti kerana pada akhirnya nanti tetap apa kau lakukan tidak Allah berkati. 

Dan ini semua panduan buat diriku sendiri yang kini selangkah lagi kehadapan membentuk diri menjadi manusia yang hidupnya diberkati dunia dan akhirat. 

InsyaAllah.

Sunday, May 11, 2014

A Start To A New Journey

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. rezeki Allah itu tidak pernah aku sangka. malahan tidak pernah siapa pun sangka. waktu dapat panggilan temuduga untuk course ni pun aku da excited tapi cuak juga sebabnya first time weh nak kena interview. experience memang zero la. satu lagi waktu tu mengharapkan dapat uia. memang nak sangat pergi uia. 

So macam 'ah lantakla. tibai je apa2 time interview tu' tapi tu kata dalam kotak fikiran je. hati tetap gak kerunsingan. apa pun tak jadi. haha. pergi la interview tu. awal2 pagi da tercongok kat fakulti masscomm uitm kampus shah alam. along and adik teman. dahla along kata aku gaya paling kampung sekali. haha. feeling2 dalam drama gadis kampung datang bandar nak sambung study. 

pastu taklama pun tunggu ada la dlm 3 jam. haha. masuk bilik interview sorang2. borak borak in english. tiba tiba jadi seronok pula. tapi masa tu still dalam hati nak uia juga. so mcm hm okla takde la mengharapkan sgt but takde la buat interview tu nak taknak je kan. 

ok done that part. 

now part tunggu result pula. hari2 doa biarla apa pun keputusan nanti yang terbaik. kalau boleh memang nak uia la. and if takdapat ipta, memang da ada choice of ipts. one and only choice. tapi nak pergi ipta juga sebab nak proof pada semua orang yang aku mampu berjaya on my own hardwork and not only because my dad can support me all the way thru my college year IF i enter private college. so yeah. ego di situ sekian. haha

finally hari yg ditunggu2 tiba. result. 10 Mei 2014 tepat jam 12:00 pm. aku terus sms KPM. ok website down internet buat hal. haha. tuptup sms kata tahniah dpt uitm. tergamam kejap. 

pastu call mama papa. tiba tiba nangis. mama as always dapat tangkap suara menangis aku. pastu dia kata 'taknak pergi ke?'. haha. aku tahu all this time aku dok sebut uia je. so mama ingat aku kecewa la dpt uitm. tapi sebenarnya lebih kepada terharu sebab berjaya. hehe. yes. 

lepas tu jumpa papa. papa terus peluk cium bagai cakap tahniah. lagi kembang semangkuk makcik ok. haha. happy sangat tengok papa mama happy. along kata untung la sebab anak pertama masuk ipta yang kpm pilih. heee. along jangan touching weh. 


ni la dia masa check thru online lepas tu. hehe. bangga bangga. diploma pun ok what. as long study. insyaAllah biarla sampai phd. impian aku tu. 


ni setelah menerima tawaran tu. lupa nak blank kan time and tarikh. eceh. poyo je. yela mana tahu kot ada peminat fanatik usha ai kat sana. malu u. hehe. 

alhamdulillah. lagi bertambah2 seronok sebab cik uya pun sambung situ. same course same place. homai. jodoh kuat tu. hehe. da ada geng da. pastu tadi kat twitter borak2 dengan akak senior bbsl, kak aiman hayati. yes. kami sama nama aiman tau. hehe. tengok2 dia pun uitm lendu. terus jadi senior junior kesayangan. hehe. alhamdulillah. Allah itu Maha Mengetahui. Dia permudahkan jalan ku. 

so. here is the start to my new journey. insyaAllah. kuatkan hati kuatkan diri. paling penting kuatkan iman. 

finally..


bakal2 student uitm kampus alor gajah / kampus rembau sesi 1 2014/2015. insyaAllah.