Tuesday, January 27, 2015

Sepi

assalamualaikum. 

satu tempoh yang agak lama tidak aku menulis di ruangan ini. 2015 menjelma sudah, setahun lagi usia aku menginjak. isu matang ataukah tidak terus menjadi persoalan. makanya tidak mahu lagi aku berbahas tentangnya. cuma satu mampu aku kata , tahap kematangan seseorang manusia itu seiring dengan kehendaknya untuk belajar dan bangkit dari apa jua kenangan silam dan pengalaman hidup. 

aku masih di sini. masih bergelar seorang pelajar , masih melalui rutin kehidupan yang sama. masih bertemu ragam manusia yang pelbagai dan juga masih takutkan pengalaman lama. mulut kata semua tu aku dah tinggalkan , akan tetapi hati masih ditakuk lama. aku masih aku yang payah untuk menerima insan lain sewenangnya. 

19 tahun. 

heh. itu cuma angka. kalau fikiran masih bersangkut pada yang lama, tiada guna kehidupan meskipun umur itu terus bertambah. andai ilmu di dada tiada , andai dendam lama beraja dan andai pengalaman tidak dibaja. apa guna tingkatnya usia. aku masih mencuba. 

seorang hamba Allah bertanya, kenapa begini berubahnya aku ? 

pada diri aku pun tiada jawapannya. selagi hati tahu tiada yang negatif padanya, selagi hati tahu Allah masih Satu , aku tenang dengan perubahan ini. jalan takdir Allah tentukan perubahan ini. kehidupan itu banyak pasang surutnya. manusia yang wujud itu pelbagai jenisnya. salah satunya aku. bukan aku membenci pada siapa yang pernah mencuba tapi aku syukur , Allah jumpakan mereka untuk mengajar lebih tentang hidup. Allah temukan aku pada rakan yang mampu aku berpaut juga pada rakan yang seeloknya aku lepaskan. 

untuk jawapan pada pertanyaan. 

yang pergi itu aku
yang menjauh itu aku
yang berlalu itu aku
yang berahsia itu juga aku

sedang kau terus menduga
sedang kau terus bertanya
sedang kau lantang berkata
sedang kau masih terlupa

akan tindakan aku punya cerita
satu perkara tak mampu dipinta
kerana nanti bila berkata
mungkin punya hati terluka

biarlah aku menyepi
tolak menjauh diri sendiri
bagi aku itu arah berani
meski di tepi terus membenci

manusia itu tiada mudahnya dipenuhi
kehendak mereka selalu menjadi-jadi
di minda langsung tak mengerti
akan apa yang sendiri alami

pergilah pergi jangan pernah kembali
yang pahit itu cuma memori
yang sakit itu hanya diingati
tak hendak lagi untuk dirasai

gembira bertemu bukan dibibir
selamat tinggal juga tidak ditabir
pertemuan kemudian jangan ditagih
kerana diri ini tak mampu berdalih

maaf pada yang terucap lagi. 

No comments: