assalamualaikum.
071014.
makin matangkah aku?
persoalan yang terus menjadi persoalan. aku tak mampu nak kata aku matang, sebabnya masih banyak yang perlu aku belajar meskipun sudah banyak yang aku lalui. penulisan adalah satu-satunya medium untuk aku berkongsi apa yang aku rasa sebab aku bukan jenis berkata. yela nasihatkan orang or merepek meraban tu kegunaan paling cemerlang tapi untuk yang tersirat ni memang gagal sama sekali.
menginjak usia 18 tahun ni da macam macam aku lalui and banyak pros and cons nya. tapi apa yang lebih aku nampak, aku seakan jauh dan terus jauh dari kelompok manusia. teman-teman ku hanya buku dan imaginasi kalah budak 6 tahun. hehe. memangla aku ni cepat serik orangnya. tapi degil tu tetap degil. itu aku akui. apa yang berlaku dahulu menyebabkan aku jauh daripada orang-orang disekeliling. dulu aku rasakan ini bukan isu besar, tapi ternyata hoi bawa masalah kot. haha. gamaknya budak aiman ni kadang cakap takde pandang kiri kanan, main sembur je. ha kau dah jadi masalah dunia da.
ternyata yang rapat dengan aku adalah orang-orang yang paling banyak kena. maaf tu takpernah lekang tetapi buat lagi dan lagi dan lagi. hm. sebab tu ramai yang pergi. semua pun ada limit. datang perangai sakai aku, dua tiga kerat jekla yang tahan dan sabar. selebihnya mengundurkan diri. yang faham aku, terus faham. yang tak mampu, aku faham. sebab tu la aku takboleh melekat dengan orang sangat. takut tindak tanduk aku mencederakan orang tu secara mental dan bukanlah fizikal. apa, fikir aku ahli gusti ke ! hehe.
semakin aku melangkah, semakin aku jumpa dengan pelbagai ragam. menjadi aku, memang jujur bila aku rasa perlu. meskipun ada yang terus menjadi simpanan tetapi jika dirasakan wajar, aku tak teragak-agak untuk berkata. aku tahu kadang tu tahap terlebih jujur aku ni buat orang terasa. hm nak buat macam mana, mulut ni takboleh kawal. kalau aku tak suka aku cakap aku tak suka tapi kalau suka, haha kadang-kadang tu ego tinggi taknak cakap. pastu melalut tah apa apa.
Allah Maha Mengetahui. Dia tahu hambaNya yang seorang ini slowmotion sikit. jadi dia dekatkan aku dengan orang-orang yang tahap kesabarannya lebih tinggi dari Gunung Himalaya. hehe. aku kena ubah sikit demi sikit cuma bukanlah ubah diri lantas prinsip turut diketepikan. demi orang2 yang ehem aku sayang ni, kena la berkorban sikit dan sesuaikan dengan keadaan mereka. kalau mereka seikhlas hati terima aku faham aku dan sabar dengan aku, kenapa aku takboleh buat benda yang sama. hei payahla nak ikut kepala kau je. hehe.
jadi,
terima kasih atas kesabaran kalian.
terima kasih atas kefahaman kalian.
terima kasih atas keihklasan kalian.
terima kasih atas keterimaan kalian.
terima kasih atas kejujuran kalian.
doa aku, biarlah ikatan ini berkekalan.
in syaa Allah.
No comments:
Post a Comment