Wednesday, September 10, 2014

Masih Lagi ?

Assalamualaikum.

Pada siapa yang baca blog ni dari awal lagi, mesti pernah jumpa entri ini. So now da faham kan kenapa topik macam tu? Ke takfaham jugaa? Haha gaya macam nak cari gaduh je makcik sorang ni. Mehla refresh balik apa intipati pada entri itu yang tiba tiba membuatkan aku ingin menulis semula tanpa peduli bahawasannya final da jenguk jenguk panggil. Hahahahahaha. iya final da dekat da tapi calon yang kena masuk dewan ni, ala yang ni tu yang namanya Aiman Fadhilah binti Ahmad Rozley tu asyikla mengelamun aje. ish ish ish kalau terjumpa dia di mana-mana tolong katuk sikit kepala biul dia tu, biar sedar diri sikit. Haha jangan dibuat betul-betul pula, karang tiba tiba aku tengah jalan ada orang datang ketuk kepala aku. tak memasal jadi drama nanti.

okay okay jauh terpesong da. dia kalau bab membebel nombor satu la tapi cuba campak kat mana mana tempat yang muka fresh je di kotak ingatan makcik sorang ni, alamatnya dia la manusia paling diam dalam muka bumi ini sedangkan orang bisu masih mampu mengeluarkan bunyi dia tetap paling diam. hahahaha. so... back to the topic. hm about 3 years ago aku ada tulis tentang CINTA. yes, budak tingkatan 3 sekolah SMKBBSL cerita pasal cinta. but before you judge me, better korang baca. haha aku menyampaikan atau memberi pandangan aku soal cinta dan makna pada perkataan itu yang tidak hanya menjerumus pada satu makna iaitu cinta antara lelaki dan perempuan. akan tetapi makna cinta besar dan meluas kot. kalian aje yang menyempitkan fikiran langsung terus menjatuhkan hukuman.

orang sering cakap yang aku anti cinta. it's not that aku anti cinta cuma pada masa dan ketika itu aku masih di bangku sekolah yang mana bagi aku unneccessary untuk aku membebankan fikiran aku soal tu but yes tipu la kalau aku kata takde crush kan. that's normal. bagi aku lumrah hidup manusia untuk mempunyai perasaan suka. tidak juga aku menghentam or mengherdik or pandang rendah pada sesiapa yang bercinta di zaman persekolahan, mungkin da kata Allah begitu, begitu la. akan tetapi aku rimas pada yang tidak mampu untuk be fair pada tanggungjawab dan amanah diri. if nak couple then go ahead tapi takperlu la runsingkan orang lain. hehe budak budak sangat. 

okay itu zaman sekolah dulu. now 3 tahun kemudian aku da pun berada di peringkat universiti dan umur sudah pun menjejak 18 tahun. apakah masih sama pendirian aku? hm. mungkin juga. perasaan tu takpernah ada and takpernah sampai. yes crush masih ada. haha itu perlu kot. bagi aku itu macam satu adventure pada perasaan sendiri. haha. dulu di zaman sekolah aku seperti terikat pada janji sendiri untuk tidak bercinta sampai tamat SPM and now benda tu da jadi sebati dalam diri. kata along, aku banyak friendzone kan orang. hahaha. kalau da selesa sebagai kawan then why not. mungkin belum masanya lagi kan. hm entahla. soal ni semua aku tak fikir pun lagi. aku taksuka nak runsingkan kepala pada benda yang boleh dielakkan untuk dirunsingkan. okay faham tak? haha. tapi kalau nanti Allah kata sampai jodoh aku, then aku sebagai hambanya takmampu untuk mengubah takdir.

melihat pada cara penulisan dan penghuraian aku mengenai topik ini pada waktunya umur aku 15 terasa matang pula. haha. mungkin konsep cinta yang berlaku di sekeliling aku sedikit sebanyak mempengaruhi aku. semuanya berbalik pada diri sendiri. pada apa yang kita mahukan. yes semua orang nak merasai diri dicintai dan mencintai tapi lupa kah kita pada asal lahirnya kita da ada orang yang sayang kita seadanya kita. yang takpernah sekali pun mempertikaikan keadaan kita, yang tidak lelah menjaga dan melayan karenah kita, yang sedikit pun tidak mengeluh dengan kita. ya cinta dan kasih sayang kedua ibu bapa kita. susah payah mereka, penat lelah mereka. kenapa masih ada yang ketepikan mereka apabila bertemu kononnya cinta hati sedangkan cinta yang hakiki sudah lama dengan kita.

cinta pada Allah. kalau mahukan yang terbaik dalam diri, kenapa yang paling baik di ketepikan? pernah bersoal jawab tentang itu? pernah tanya diri berkenaan itu? pernah? pantang sedikit girlfriend call tak angkat cepat. padahal panggilan Allah itu sering dilewatkan. suka aje mengeluh sana sini sedangkan pada Allah tidak pernah dipinta untuk ditenangkan hati. ingat. sekali kita jauh dari Allah, apa yang kita ada itu bukanlah sesuatu yang diberkati. kalau nanti Allah jatuh pada peringkat bawah, takkan bahagia hidup. bukanlah nak mengatakan diri ini bagus dengan boleh selamba dek nak sound sound orang tapi sebagai peringat untuk diri juga. sama sama membaiki diri.

hm. taktahu kenapa tiba tiba topik ni menjadi perbualan semula. haha mungkin sebab aku nak tengok apa pandangan aku sendiri lepas baca balik entri budak sekolah dulu. well 3 tahun tak semestinya merubah orang kan tapi yes sekeliling berubah. baikla. sampai sini saja penjelasan saya. hahah sebarang pertanyaan bolehla merujuk kepada saya ya. soalan single lagi atau tidak, tidak akan dilayan. maaf. hahaha perangai kuat perasan takpernah berubah budak nih. hehe

No comments: