Saturday, June 7, 2014

Kerana Fasa Itu Berlaku

Dan kerana permulaan itu sesuatu yang pada dasarnya menakutkan kerana tidak diketahui akan apa bakal berlaku. 

Dan kerana itulah perasan makin bercampur dan tanda tanya terus berlegar-legar di kepala menanti apa seterusnya.

Dan bila terjadinya pembaharuan dalam fasa kehidupan, pengalaman dan pembelajaran mula berlaku. 

Dan mulanya dari situ, identiti diri harus dibentuk dan jati diri harus diteguh agar nanti jangan berlalu mengikut arus semasa yang negatif. 

Dan ambillah nanti hanya positif agar biar keluar dunia luar lantas melangkah fasa seterusnya biar menjadi yang berguna untuk semasa dan sesama manusia. 

Dan meskipun kau terbang tinggi, yang lagi tinggi di atas langit, yang menjadikan bumi dan engkau sendiri itu jangan terus lenyap. 

Dan adapun kau menjadi orang berguna namun Allah yang Esa langsung kau lupa, ada baiknya tak langsung kau terus berbakti kerana pada akhirnya nanti tetap apa kau lakukan tidak Allah berkati. 

Dan ini semua panduan buat diriku sendiri yang kini selangkah lagi kehadapan membentuk diri menjadi manusia yang hidupnya diberkati dunia dan akhirat. 

InsyaAllah.

1 comment:

Rose Azadir said...

Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...