Saturday, March 12, 2011

MasyaAllah


~ assalamualaikum ~

Semalam kita semua dikejutkan dengan bencana tsunami sekuat 8.9 pada skala ritcher yang melanda Tokyo, Jepun. Hari ini semua surat khabar dan berita disajikan dengan keadaan Tokyo sekarang. SubhanaAllah, ranap bandar Tokyo apabila dilanda bencana alam tersebut. Kita warganegara Malaysia nih sepatutnya bersyukur kerana negara kita tak pernah lagi dilanda bencana alam sebegini. Sama samalah kita berdoa agar kita semua dijauhi malapetaka.. Nih ada beberapa gambar selepas kejadian di Tokyo, Jepun. Credit to Mr. Google >







Haa banyak kebakaran yang berlaku di sana sini. Tambahan lagi Jepun terkenal dengan kilang kilang kejuruteraan dan juga minyak termasuklah kilang nukleur. Kereta tersadai di merata rata tempat. Kapal kapal layar berada di tengah tengah bandar. SubhanaAllah.. baru tadi Dila tengok video ketika tsunami melanda Tokyo kat Buletin Utama. Ada juga video amatur sebuah bangunan pencakar langit bergoyang ketika berlaku gegaran. Dah cari, ingat nak letak dalam blog sekali tapi tak jumpa pula klip tuh.

Hmm, apa apa pun banyakkan bertawakal dan berdoa agar kita semua dijauhkan daripada semua ini. Pada mereka di Tokyo, Jepun banyakkan bersabar yeaa..




No comments: