Wednesday, March 2, 2011

Apa?! H1N1 serang balik!


~ assalamualaikum ~

Yupp! H1N1 dah serang balik. Minggu lepas ada seorang pelajar sekolah Dila meninggal dunia akibat serangan H1N1. Lepas tuh dua orang cikgu sekolah sah kena H1N1 juga! Tuh pasallah pihak sekolah kalut bila hal nih terjadi. Pagi tadi sesiapa yang tak sihat disuruh pulang. Kebetulan pula Dila nih baru baik demam, batuk pula masih teruk. Tak pasal pasal kena hantar balik. Bosan betul, nasib baik papa ajak temankan dia ke Pavilion. Hehe.. untuk esok dan lusa juga pelajar pelajar semua dicutikan.

Ujian bulan Mac yang sepatutnya bermula pada minggu hadapan juga ditunda. Segala aktiviti seperti prep, kelas tambahan, bengkel dan seminar juga dibatalkan. Kem Pengawas pun ditunda, sepatutnya hujung minggu nih Dila dan semua pengawas pergi ke Bukit Cahaya, Shah Alam untuk Kem Pengawas. Aduss semua aktiviti/rancangan terbantut. Mak aihh, dua hari cuti tambah Sabtu Ahad memang mati kutulah!

Tadi baru jek keluar berita pasal sekolah Dila. Pihak kementerian kesihatan kata sekolah akan ditutup sehingga diberitahu bila boleh mula sekolah semula. Berbelas orang juga pelajar yang mengalami simptom-simptom H1N1. 149 pelajar pula disuruh pulang. Sesi petang pula disuruh pulang juga petang tadi. Pihak Buletin Utama tidak dibenarkan masuk sebab langkah berjaga-jaga. Aishhh seramlah pula nih..

Takpe takpe, akan digunakan sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran! Hehe sekarang nih tak boleh nak main main macam tahu lepas. Tahun nih tahun penting! Wahh semangat gitu walaupun awal awal tahun sekolah dah kucar kacir dengan hal macam nih. Harap haraplah semua masalah nih tak menjadi makin rumit. Ada pula tuh yang kata silap hari bulan sekolah tuh ditutup terus. Ishkk penyakit nih kita bukannya boleh nak tepiskan. Selagi boleh cegah, kita cegahlah. InsyaAllah..

JAGA KESIHATAN YAH :)

2 comments:

ummi_ziz said...

isk3 takut dgr..rupanya kt sini pun sama, h1n1 still menular cuma tak jd isu hangat lg.

Hihi best tu cuti2 kuarantin dpt pg Pavi. hihi. apapun tk care dik. ;)

Fadhilah Rozley said...

tuhla kak, skrang nih kena berjaga2! tkot kena kan..

hehe, bler daa lama2 jd bosan plak. esok nak ke Pustakaan Negara, cari bahan untuk folio..