Showing posts with label skool. Show all posts
Showing posts with label skool. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Apa?! H1N1 serang balik!


~ assalamualaikum ~

Yupp! H1N1 dah serang balik. Minggu lepas ada seorang pelajar sekolah Dila meninggal dunia akibat serangan H1N1. Lepas tuh dua orang cikgu sekolah sah kena H1N1 juga! Tuh pasallah pihak sekolah kalut bila hal nih terjadi. Pagi tadi sesiapa yang tak sihat disuruh pulang. Kebetulan pula Dila nih baru baik demam, batuk pula masih teruk. Tak pasal pasal kena hantar balik. Bosan betul, nasib baik papa ajak temankan dia ke Pavilion. Hehe.. untuk esok dan lusa juga pelajar pelajar semua dicutikan.

Ujian bulan Mac yang sepatutnya bermula pada minggu hadapan juga ditunda. Segala aktiviti seperti prep, kelas tambahan, bengkel dan seminar juga dibatalkan. Kem Pengawas pun ditunda, sepatutnya hujung minggu nih Dila dan semua pengawas pergi ke Bukit Cahaya, Shah Alam untuk Kem Pengawas. Aduss semua aktiviti/rancangan terbantut. Mak aihh, dua hari cuti tambah Sabtu Ahad memang mati kutulah!

Tadi baru jek keluar berita pasal sekolah Dila. Pihak kementerian kesihatan kata sekolah akan ditutup sehingga diberitahu bila boleh mula sekolah semula. Berbelas orang juga pelajar yang mengalami simptom-simptom H1N1. 149 pelajar pula disuruh pulang. Sesi petang pula disuruh pulang juga petang tadi. Pihak Buletin Utama tidak dibenarkan masuk sebab langkah berjaga-jaga. Aishhh seramlah pula nih..

Takpe takpe, akan digunakan sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran! Hehe sekarang nih tak boleh nak main main macam tahu lepas. Tahun nih tahun penting! Wahh semangat gitu walaupun awal awal tahun sekolah dah kucar kacir dengan hal macam nih. Harap haraplah semua masalah nih tak menjadi makin rumit. Ada pula tuh yang kata silap hari bulan sekolah tuh ditutup terus. Ishkk penyakit nih kita bukannya boleh nak tepiskan. Selagi boleh cegah, kita cegahlah. InsyaAllah..

JAGA KESIHATAN YAH :)

Friday, February 25, 2011

Entah Desa Mana Yang Kami Rentas!


~ assalamualaikum ~

Alkisahnya, Sabtu lepas ( 19/02/2011 ) berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa di SMK Bandar Baru Sungai Long! Yaa, sekolah Dila lah tuh, buat apa nak update sekolah lain kan. Hehe bolehlah kalau nak google sekolah Dila yang tercinta tuh :) Okehh untuk entri kali nih sepatutnya ada gambar tapi time time macam nihlah semua gambar tuh boleh hilang pula. Aishh senget betullah. Okeh okeh lupakan pasal gambar yang pastinya Dila paling comel *okehh sila muntah* hehe.

Hmm, macam biasa datang seawal 7 pagi sebab nih sekolah ganti untuk cuti Raya Cina hari tuh kan. Dila memang semangat jek datang pagi pagi tuh kan! Hehe pakai baju hijau atau Uranus. Hee tuhlah nama rumah sukan Dila. Lepas tuh kumpul dengan kawan kawan dulu sementara tunggu kena beraturkan. Then, dekat pukul 7.30 a.m tuh cikgu buat pengumuman sesi pagi beratur dekat padang untuk ambil kedatangan. Uishh bab nih yang lemah sikit sebabnya manusia manusia yang sekolah di SMKBBSL semuanya susah sikit nak ikut arahan. Kena pula beratur ikut kelas. Adoihh tak lari lagi dah berpeluh dah.

Selesai beratur (akhirnya, setelah kena ugut dengan cikgu) , barulah guru-guru kelas ambil kedatangan kecuali kelas Dila sebab Puan Suhaila tak datang. Anak beliau tak sihat pula pada hari itu. Ketua kelas pula macam dungu jek, boleh dia buat tak tahu jek padahal cikgu bertugas dah kata kalau tak ambil kedatangan, setiap mata yang dikumpulkan untuk rumah akan ditolak. Haiyaa, masa tuh ada beberapa kelas takde cikgu. Masing masing muka dah tegang sebab dah banyak kali kata ' Kelas kami takde cikgu, bukan salah kami tak ambil kedatangan ' . Wahh sungguh macam berpiket pula, asal saja masing masing tak pegang sepanduk. Hehe Dila pun termasuk orang yang protes tuh :)

Lepas tuh, adalah cikgu yang ganti ambil kedatangan untuk kelas Dila. Selesai semua tuh, cikgu bahagi pada rumah sukan masing masing. Terdiri daripada 5 rumah semuanya iaitu Uranus - Hijau, Ungu - Musytari, Kuning - Zuhal, Biru - Neptune dan Merah - Marikh. Hee planet gitu! Masa kumpul semua kat padang tuh, macam macam lagu MC pasang. Lepas tuh buat aerobik sikit ikut rumah sukanlah. Biasalah semangat bersaing tuh sangatlah tinggi bila tiba hal sukan. Sejak dulu sampai sekarang. Even buat aerobik pun boleh nak berlawan rumah mana lagi terer. Huhh tragik sungguh tapi seronok!

Selesai mengarut kat padang tuh, cikgu kumpulkan semua orang. Cikgu lepaskan pelajar lelaki ikut kelas. Kelas I untuk pelajar Ting.5&4 , kelas II untuk Ting.3 dan kelas III untuk Ting.2&1 . So, bila dah lepas pelajar lelaki , pelajar perempuan pula ambil tempat. Hehe Cik Dila nih memang kat depan sekali tapi mula mula tak lari. Kononnya nak kumpulkan stamina selain nak elak daripada tiba tiba jatuh tersungkur cium rumput kat padang tuh pula kan. Bila dah sampai check-point kedua baru lari. Untuk Kelas II perempuan, kami kena kumpulkan tiga cip dari tempat check-point 3,8 dan 10. Alhamdulillah Dila habis kumpul semua. Bila merentas desa, Dila tak suka lari ramai ramai dengan kawan sebabnya nanti bukannya lari tapi berborak. Ada tuh siap berdating segala. Ishkk come on.. macam mana nak menang. hehe :)

so, Dila larilah sorang sorang sambil dengar iPod sendiri. Lagi best okeh! Sampai jek kat check-point ke-7 , dada Dila dah rasa perit. Mula daripada situ lari pun asyik urut dada jek. Seriously tak boleh nak berhenti sebab taku kalau berhenti boleh terus pengsan. Jadinya Dila lari jek sampai ke sekolah tapi tak pergi ambil nombor sebab dah tak tahan sakit dada. Cepat cepat masuk kelas, jalan slow slow, sampai kelas terus duduk minum air baru rasa okehh balik! Hee memang sengal lah. Susah sikit Dila nih nak aktif sebab banyak sangat faktor kesihatan. Aishh bosan betul.

Hampir 1 jam lepas tuh baru dengar cikgu buat pengumuman suruh berkumpul kat Dataran Cendekiawan untuk keputusan akhir. Wahh time nih lah baru bersemangat balik sebabnya boleh bersorak macam tengok bola kat stadium Bukit Jalil tuh. Hehe.. pemenang dikira daripada tempat ke 20 hingga 1. Alhamdulillah rumah hijau banyak kumpul markah terutama sekali sebab ramai yang dapat kumpul cip tuh. Untuk piala mngikut kelas, rumah hijau menang Kelas II lelaki dan perempuan, dan kelas III perempuan kalau tak silap. Keputusan penuh pula, tempa t ke 5 rumah merah, ke 4 rumah kuning, ke 3 rumah biru, ke 2 rumah ungu dan johan mestilah rumah HIJAU!! Haha waktu nih Dila sorak macam nak gila arhh, hehe semangat okeh lagi lagi bila kita pun ambil bahagian. Barulah terasa kemenangan tuh bermakna.

Kebanyakkan ahli ahli rumah Ungu tak puas hati sebabnya dah bertahun tahun rumah ungu yang bolot kemenangan tuh. Alhamdulillah tahun nih rumah hijau. Hehe takpe lah, adat berlawan. Ada menang ada kalah *haha ayat orang yang dah menang* . Hehe seronoknya macam menang untuk Malaysia pula. Hehe yang buat tambah seronok nih sebabnya sekolah tuh ada 2800 pelajar, jadinya bila bersorak tuh memang gamatlah sekolah kan. Hehe satu lagi, bila ada yang kalah pelajar pelajar kat situ takde yang kata ' BOOOOOOOOO ' hehe.. ada jugalah sikap saling menyokongkan. Hehe so far, merentas desa tahun nih memang menyeronokkan. InsyaAllah tahun depan HIJAU mesti menang lagi :)

SUKAN MENYERONOKKAN

Wednesday, January 19, 2011

Apa Ajelah Mereka Nih


~ assalamualaikum ~

Esokkan cuti Thaipusam, jadi bolehlah nak update belog kejap! Dah lamakan tak update belog nih sebabnya sekolah dan banyak kerja kena buat. Jadi banyaklah cerita nih. Hehe okeh biar minah senget mula cerita erhh, minah senget suka bercerita nih. Yelah minah sengetkan banyak idea sampaikan kadang kadang tuh tak boleh berhenti bercerita. Kesian orang yang kena dengar minah senget bercerita. Erhh sibuk jek minah senget, tepi tepi biar saya yang cerita.

Sabtu minggu lepas ada Program Jalinan Mesra Antara Pengetua Dan Ibu Bapa Pelajar KRK (Kelas Rancangan Khas). So, nak tak nak kenalah pergi sebabnya kehadiran wajib. Tambahan lagi ada slot AKUJANJI (dimana muridmurid kelas KRK perlu membaca ikrar) . Memandangkan papa kena pergi Hong Kong, alonglah jadi mangsa kena hadir program tuh. Hehe sekejap jek, pukul 8 pagi sampai 10 pagi. Habis jek program tuh, kami berdua pun balik rumah mama kat Nilai.

Semalam petang (Selasa) pula ada latihan MERENTAS DESA. Seriously penat sangat. Balik tuh pula nak kena siapkan pembentangan BM. Tapi seronok okeh, dapat lari ramai ramai dengan kawan kawan semua *cehh padahal jalan jek* hehe. Okeh nih nak cerita pasal tajuk kat atas tuh, dalam minggu nih macam macam karenah kawan kawan. Hehe masa Ting.2 dulu, kat kelas saya cuma ada 2 orang jek pelajar lelaki Melayu. Saya paling rapat dengan Nazrie (kawan baiklah) mungkin sebab kami pernah duduk sebelah menyebelah dalam kelas dan saya selalu selamatkan dia bila dia tak siapkan kerja.

Hehe tapi bila masuk Ting.3, ada seorang lagi pelajar lelaki Melayu dalam kelas tuh iaitu Shahrul. Masa dia mula mula masuk dulu, saya tak berapa rapat sangat tapi sejak kebelakang nih kami agak rapat (sebagai kawan sekelas yea). Semalam waktu kelas Sains, kami duduk sebelah, lepas tuh masa cikgu kena keluar dan tinggalkan kerja, kami berborak pasal Harry Potter. Haha duadua hantu Harry Potter. Memang bestlah! Tiba tiba Nazrie bising kata saya dah lupa dia bila ada kawan baru. Ahh sudah!

Bila nak balik ke kelas semula, Shahrul ajak jalan sekali sebab tak habis ceritakan. Nazrie dah buat muka bengang jek. Lepas tuh waktu kelas Geografi, Shahrul panggil minta ajarkan. Bila pergi tempat dia, tiba tiba Syafiqah pun panggil, cakap kat dia sekejap jek sebab tak habis ajar Shahrul lagi, tak pasal pasal Nazrie bising ' Weyhh Shahrul, dulu Fadhilah tuh rapat dengan aku tau!'. Haa satu kelas bising bila jadi macam tuh, tuan empunya badan dan pening dah!

Bila petang pergi latihan Merentas Desa, Syafiqah (kawan baik perempuan) tak tahu nak tinggal purse kat siapa. Waktu tuh pula ternampak Shahrul bawa beg, jadi letak jelah dalam beg diakan. Bila dah habis Merentas Desa, carilah Shahrul. Cari punya cari tak jumpa, no choice kenalah tanya Nazrie dan Asyraf. Haha time nih Asyraf kata saya dah tak cari orang lain, cari Shahrul jek. Weyhh sengal ahh, orang nak purse Syaf lah!

Hari nih makin rancak pula, orang sebelah Shahrul tak datang plus kami (Saya, Shahrul, Syafiqah dan Sesha) ada pembentangan BM. Jadi Shahrul ajaklah duduk sebelah dia. Sementara tunggu cikgu datang, saya bincanglah serba sedikit apa yang nak dikatakan waktu pembentangan. Lepas tuh Nazrie datang dan terdengar Shahrul sebut pasal abang dia. Nazrie pun tanya


Nazrie : Abang kau sekolah mana?

Shahrul : Sekolah SAAS

Nazrie : Dah tuh asal kau sekolah sini pula?

Syafiqah (tibatiba menyampuk) : Biarlah dia nak sekolah mana pun

Tiba tiba

Nazrie : Asallah kau tak sekolah kat SAAS, tengok sekarang
nih kau dah rampas Fadhilah daripada aku.


Wahh ayat mamat nih macam minah senget nih makwe dia jek! Haha serius tak percaya dia boleh cakap macam tuh. Shahrul pun muka dah lain. Bila kumpulan kami buat pembentangan, saya pun macam biasalah paling talkative sekali. Bila saya habis cakap, mereka beri tepukan *bangga kejap*. Nazrie dah siap sedia nak lancarkan perang ' Alah kalau takde Shahrul mesti tak boleh buat' . Wahh agak agak arr nak sakit hati pun, takyahlah saya pun kena sekali.

Waktu tampal pembentangan Shahrul tanya ' Asal Nazrie tuh bengang sangat kau cakap dengan aku? Dia minat kau ke?' . Macam biasa yang paling suka menyampuk mestilah Syafiqah. Dia balas balik 'Taklah, dorang berdua nih rapat sejak dulu lagi. Nazrie jeles dengan kau'. Shahrul gelak jek, saya pula hahh geleng kepala jeklah!Aduhh kalau lelaki merajuk mak aihh mengadanya. Entah apa masalah mamat tuh. Takpe takpe nanti pandailah saya pujuk. Hehe seronok layan kawan kawan nih, kadang kadang tuh peninglah juga. Tapi sentiasa ingat, setiap persahabatan ada batasan terutama sekali dengan lelaki :)

BUAT BAIK DENGAN SEMUA ORANG

Friday, January 7, 2011

Minggu Pertama Sesi Persekolah


~ assalamualaikum ~

Seperti semua sedia maklum, dah pun seminggu sekolah. Sangat seronok tahun nih walaupun saya perlu menghadapi PMR! Wah wah, takut nih. InsyaAllah boleh * hee nak sejukkan hati nih * . Baiklah, entri kali nih nak cerita pasal persekolahan saya. Hee bajet jek macam ada yang nak baca. Tak apa tak apa saya suka dan senang hati nak cerita pada semua. Hehe perasannya :)

Hmm, macam biasa setiap persekolahan akan bermula pada hari Isnin iaitu 3 Januari 2011. Hari tuh memang kelam-kabut sangat, yelah bila mula masuk sekolah, pelajar sibuklah nak berceritakan. Lepas tuh dah cuti sebulan lebih, senang jek lupa disiplin sekolah. Pengawas pula masa-masa tuh barulah nak bagi tugas. Haa lepas tuh mulalah sesi pekik-memekik suruh masuk barisan. Bayangkan 100+ suara pengawas lawan dengan hampir 2000 pelajar dalam dataran perhimpunan yang bergema tuh.

Uishh nak tercabut anak tekak nih haa! Student lain mungkin senang sebab dah tahu kelaskan. Bagi pelajar Tingkatan 1 pula, walaupun dua kelas jek ( sesi pagi hanya pelajar KRK sahaja bagi Ting. 1&2 ) masih kalut lagi. Ada jek yang nama kat kelas sebelah tapi duduk kat kelas lagi satu. Bila kita suruh pindah, habis-habisan menafikan. Ahh suka hatilah, bila dah kena panggil dengan cikgu, pandai-pandailah jawab yea :)

Hari-hari lain berlalu seperti biasa. Sangat sangat seronok belajar sampaikan boleh ternganga dengar penerangan cikgu. Alhamdulillah ada perubahan untuk tahun nih. Hari Khamis dan Jumaat pula sebelum rehat sangat sibuk dengan mesyuarat kokurikulum. Bermula hari Khamis dengan mesyuarat Kelab/Persatuan dan disambung dengan mesyuarat Unit Beruniform. Hari Jumaat pula mesyuarat Permainan dan Rumah Sukan.

Bagi Kelab/Persatuan, setiap pengawas diwajibkan mengambil Pencegah Jenayah dan boleh memilih satu lagi. Tapi saya hanya ambil yang wajib sahaja, jadi bila kena pilih satu lagi. Aduhh tak tahu nak pilih apa! Jadi jumpa dengan guru kelas, beliau mengatakan Bahasa Melayu tak ada pelajar dari kelas saya. Nasiblah dah tak ada pilihan sebab yang lain semua dah penuh.

Untuk Unit Beruniform pula, saya memilih Puteri Islam. Sungguh kata tak pernah terlintas pun nak ambil Unit tuh tapi sebabkan Unit lama iaitu PBSM sudah pun dibanjiri dengan kaum Cina yang amat ramai, terpaksalah tuan puteri angkat kaki * cehh 'Tuan Puteri' * hehe.. Permainan sangat sangat kelakar kerana saya memilih Bola Lisut @ Sofbol tetapi ahli permainan cuma ada 20 orang jek. Kenapa jadi macam nih? Sebabnya permainan nih baru sahaja ditubuhkan tahun nih. Along saya main sofbol dulu, alaa macam baseball cuma bat dia agak ringan sikit berbanding baseball.

Rumah Sukan sudah ditetapkan iaitu HIJAU ! Hehe okehlah, seronok juga walaupun tak berapa kenal ahli-ahli yang lain. Cuma tak berapa setuju dengan Pengerusi tahun nih. Adalah cerita zaman dahulu kala. Wah sangat penat okehh minggu nih. Tak pernah pernah tidur lepas balik sekolah boleh pula tidurkan. Sungguh penat wohh ! Mungkin juga sebab dah lama cuti, bila nak tune in balik agak payahlah juga. Tak pe tak pe baru minggu pertama! Tapi minggu pertama pun kerja sekolah punyalah banyak. Haishh tak pe, bersusah dahulu bersenang kemudian.

Hmm, zaman persekolahan memang menyeronokkan. Lemahnya nak kena bangun pagi ataupun kena buat kerja rumah jek. Lain-lain tuh seronok jek! Tambahan lagi kalau orang tuh macam saya, kat rumah kena tinggal sorang-sorang. Mesti happy jek bila dapat kumpul ramai-ramai. Hehe ingat nih gathering ke apa. Teehee biarlah!

Oh yea, kalau ada jek yang tertanya-tanya, apahal pula minah senget nih makin lama makin skema ayat dia. Ini semua perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap penulisan saya. Selain persediaan untuk PMR. Hekk boleh pula macam tuh kan. Tapi masih ada beberapa perkataan yang tak sesuai/ boleh digunakan dalam karangan. So that it, nanti-nanti kalau rajin atau takde kerja, akan saya update belog nih!

HARAP MAAF KALAU BOSAN
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA