Saturday, January 28, 2012

Siapa Kita ?

~ Assalamualaikum ~

Siapa kita? Dalam pertanyaan lain, siapa kita untuk menghukum seseorang ? Yes ! Hari nih Dila nak bincang tentang sesuatu yang pada pandangan Dila tak sepatutnya berlaku. Hal ini berkenaan insan yang dilahirkan tidak sempurna atau erti kata lain, OKU. Dila pelik, teramatnya pelik dengan sikap sesetengah manusia yang memandang serong pada golongan yang dilahirkan tidak sempurna ini. Main point di sini, kenapa kita perlu pandang serong pada mereka mereka ini ? Hina sangat ke mereka dan mulia sangat ke kita ?

Tapi kenapa mat rempit - mat rempit yang tempah bala sendiri tuh, boleh pula ada yang sanjung ? Dila di sini menceritakan hal general, takde kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma Dila nak semua pembaca Dila buka mata dan buka minda. Bagi Dila orang yang dilahirkan tidak sempurna nih, sikit pun tidak salah apa2 kerana bukan kehendak mereka untuk dilahirkan sebegitu rupa tetapi sudah takdir Allah yang menentukannya.

Jadi kenapa perlu kita pandang serong ? Ada yang mengatakan, anak sindrome down nih menyusahkan sehingga sanggup menghantar mereka duduk jauh di rumah kebajikan atau sebagainya. Ada yang malu mempunyai anak sebegitu rupa. Ada yang lebih kejam dengan menganggap anak2 seperti ini hina. Tiada hati perut ke ? Tidak pernah terfikir ke perasaan insan tersebut ? Dila tahu tak semuanya begitu tetapi tetap ada tanggapan2 negatif daripasa masyarakat.

Mereka juga manusia, makhluk Allah seperti kita. Jadi kenapa perlu bersikap begitu ? Bagi Dila ibu bapa yang berjaya mendidik anak2 sindrome down nih adalah ibu bapa yang paling tabah, sabar dan cekal dalam dunia. Anak2 sindrome down nih sebenarnya kalau kita didik dengan betul, mereka mampu melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik berbanding kita yang normal ini. Sedangkan kita yang Allah ciptakan cukup segalanya tetap melakukan perkara yang sia-sia.

Pada pandangan mata manusia, mereka ini memang tidak sempurna tetapi di sisi Allah, insan2 ini la sesempurna manusia. Mereka tidak pandai menyakitkan hati orang. Mereka penyayang. Hati mereka lembut. Kenapa perlu bersikap kejam ? Kenapa perlu kita menjatuhkan hukuman dengan tidak mengendahkan mereka ? Ada juga sesetengah yang seperti mencemuh insan2 seperti ini, mencemuh keluarga mereka. Sungguh kata, Dila tak faham mengapa ! Apa la salah mereka, apa la salah keluarga mereka.

Jadi Dila minta, janganla ada tanggapan negatif lagi terhadap insan2 istimewa yang juga makhluk Allah. Yang turut ingin merasa nikmat dunia yang Allah berikan. Allah itu Maha Adil buat semua umatNya. Ingat ! Kita bukan sesiapa untuk menjatuhkan hukuman kepada manusia lain. Semua insan berhak merasai nikmat hidup yang Allah berikan.

Entri nih buat renungan dan ingatan semua termasukla Dila. Jangan kita terlalu lalai dan leka kerana dunia nih bersifat sementara. Berbuat baik sesama insan. Takde ruginyaa. Percaya la ! That's all for today. Thanks sebab baca :)

2 comments:

ishamizu said...

Well-written! Kak izu kagum dgn Dhila, kita memerlukan generasi muda yg mcm Dhila..bijak, baik dan adil. Alhamdulillah, keep it up! :)

Fadhilah Rozley said...

thanks kak Izu,

lama da Dila tak update blog. Hehe busy dengan sekolah. Thanks sebba baca blog Dila lagi. InsyaAllah nanti satu hari Dila update. Doakan Dilan berjaya ya kak. InsyaAllah.. Dila akan ingat sentiasa nasihat akak. Amin :)