Saturday, August 29, 2015

Quick Update

Assalamualaikum. 

lama tak menulis kan. nak kata busy tu, boleh tahanlah juga lagi2 bila beberapa minggu lagi finals akan muncul kan diri. waktu begini adalah rush hour untuk menyiapkan segala kerja kerja yang perlu dihantar. alhamdulillah 80% daripada semua kerja berjaya dilaksanakan. 

sepanjang kehilangan ni, banyak yang dilalui. semenjak masuk U ni, banyak perkara yang ditempohi. kalau dulu di zaman sekolah, rasanya tak terjangka dek akal lah kan. chop! bukan buat perkara pelik2 eh. hehe. 

insyaAllah, jika habis semester ini dengan jayanya. maka hanya tinggal setahun, yakni 2 semester aku di lendu. rasanya sudah tiba masa aku perlu benar2 fikir hala tuju setelah diploma. dulu aku selalu yakin dengan kemahuan diri tapi makin hari aku mula confius. 

makin banyak aku belajar... makin aku bertanya pada diri, inikah mahu ku? menjadi seorang pelajar masscomm menyebabkan aku sering dilabel dan distereotaip kan. tipu jika aku tidak rimas. jadi itu... aku mula terfikir untuk ke bidang lain. psikologi mungkin. hm. 

anyhow... untuk masa ini aku perlu fokus yang di depan mata. lain cerita tolak tepi. since next year aku bakalan 20 tahun, isu takde buah hati asyik diperkatan. bosan sebenarnya.. apa hidup ni tak ada perkara lain ke. jalan hidup aku jauh. bagi aku belajar dahulu. kataNya ada, maka ada. kunfayakun. 

cukuplah pada yang bertanya. 

Saturday, May 16, 2015

kalau sudah waktu.

binasa itu binasanya aku
kala leka itu terus berlalu
hati yang sakit itu aku
kala rasa itu adalah rasaku

hidup itu hidupnya aku
kala bumi berputar laju
setiap waktu adalah tentu
cuma aku perlu tahu

kerana hidup ini tiada yang jitu
jika berlalu maka perginya laju
harusnya nanti kau akan tahu
bahawa tiada yang menunggu

apa mungkin ajal menjemput dahulu
jika iya terimalah itu waktu ku
jangan diraksa hati pada yang Satu
kerana sudah tertulis itu takdir ku.

Monday, February 2, 2015

Ingatan.

hidup bukan semata lembaran puisi
tapi hakikat suatu pentas tragedi
namun ada juga disangkut memori
biar tabir diri mampu berdiri

memori yang terpalit menjadi bukti
baik yang terjadi maka senyumlah sendiri
buruk yang dihadapi maka tangisi
tapi jangan pernah dusta pada Illahi. 

assalamualaikum. 

dulu tempat ni selalu jadi ruang untuk aku meluahkan rasa. eceh. diari bergerak mungkin. tapi setelah dewasa , aku jadikan medium berkongsi cerita. meskipun cerita itu cerita aku sendirian. bebelan serta omongan aku sendiri. kalau yang aku pelajari, harus ada sender dan receiver namun di sini hanya sender yang syok sendiri. hehe. any silent reader out there , im truly thankful and honoured to have you guys as my silent readers. walau siapa pun dia. walau dalam fikirannya penuh dengan 'apa aje la makcik sorang ni bebelkan' tapi tetap ego taknak berhenti baca because believe it or not, my way of writing is just too attempting and you couldn't resist to not read it. hahaha. perasan. 

kali ni , nak cakap tentang apa yang aku tuliskan di atas. nak kata sajak tidak. nak kata pantun juga tidak. nak kata puisi, bahasa kaku sekali. entahlah luahan hati cara berkias mungkin. haha. hidup ni , dunia ni , pentas sebenar benarnya. kita adalah watak-watak yang menjadi tunjang utama. pernah tengok drama? masakan drama boleh terbentuk sendiri tanpa jalan cerita. masakan jalan cerita boleh berada sendiri tanpa bukti pernah terjadi. rata-rata yang berlaku dalam drama itu adalah seperti apa yang berlaku dalam kehidupan. 

yes. ada juga cerita bergenre sci-fi , zombie dan pelik pelik lagi la. itu adalah gambaran imaginasi manusia. jika dalam drama si hero mahupun heroin pasti mampu bangkit setelah jatuh gedebak gedebuk bukan takat sudah jatuh ditimpa tangga pula tu, memang yang tahap kalau takde kekuatan terus serah diri gali sendiri baring sendiri dalam kubur. begitu juga kita, kita perlu bangkit sendiri. perlu cari jalan untuk keluar dari segala masalah yang kita lalui biar macam mana sekalipun kita jatuh. 

kenapa tidak sama kan diri kita dengan watak di dalam drama? sebab watak itu hanya ciptaan semata? habis yang menjayakan watak itu bukan manusia. atau hanya itu cuma cerita semata? habis script writer sukahati aje buat cerita ? jangan terlalu cari alasan. jangan terlalu tolak kebenaran dan jangan terlalu pandang rendah akan kebolehan. Allah jadikan setiap hambaNya sesempurna pandangan. namun sayang , diri sendiri tak pandai menilai. 

pernah tengok cerita KIL ? sesuatu pada cerita itu menarik pandangan. mengajak diri untuk melekat depan tv *pfft padahal cmp takhabis baca lagi, hampeh betul*. dalam KIL , watak Akil beriya iya nak membunuh diri hanya kerana rasa dosanya pada ibunya dan kerana rasa bersalah dia yang mengakibatkan kematian ibunya sehinggakan dia pula yang upah orang untuk bunuh. 

point aku di sini adalah , memang aku akui kadangkala dalam hidup kita ni ada masa kita rasa sangat sangat useless untuk terus hidup. adakala , seperti kes Akil , yang kini sebatang kara , untuk teruskan hidup tu dah rasa macam takde keperluan. kadang rasa tiada tujuan , tiada harapan apatah lagi semangat. namun harus ingat , lahirnya kita di dunia ini dengan satu amanah , satu tanggungjawab iaitu untuk menyembah yang Esa , untuk patuh padaNya dan untuk menurut perintahNya. sebagai seorang Islam, tahu hukumnya bunuh diri itu haram bahkan terdapat di beberapa negara yang bukan Islam , termaktub dalam undang undangnya yang mengatakan membunuh diri adalah salah kerana orang2 tersebut dikira merampas hak manusia. 

memang lah kalau aku kata  nampak mudah kerana aku masih punya keluarga , masih punya arah tuju dan masih punya cita cita. namun , orang2 yang putus asa itu harus cuba berhenti berfikir soal kematian , pandang keliling , silap mungkin mereka punya ramai orang yang sayangkan mereka meskipun tidak sealiran darah. namun tidak perlu pandang jauh , Allah itu ada. yang sentiasa ada. 

" boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia baik bagimu dan boleh jadi , pula, kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" - surah Al Baqarah, ayat 216. 

Tuesday, January 27, 2015

Sepi

assalamualaikum. 

satu tempoh yang agak lama tidak aku menulis di ruangan ini. 2015 menjelma sudah, setahun lagi usia aku menginjak. isu matang ataukah tidak terus menjadi persoalan. makanya tidak mahu lagi aku berbahas tentangnya. cuma satu mampu aku kata , tahap kematangan seseorang manusia itu seiring dengan kehendaknya untuk belajar dan bangkit dari apa jua kenangan silam dan pengalaman hidup. 

aku masih di sini. masih bergelar seorang pelajar , masih melalui rutin kehidupan yang sama. masih bertemu ragam manusia yang pelbagai dan juga masih takutkan pengalaman lama. mulut kata semua tu aku dah tinggalkan , akan tetapi hati masih ditakuk lama. aku masih aku yang payah untuk menerima insan lain sewenangnya. 

19 tahun. 

heh. itu cuma angka. kalau fikiran masih bersangkut pada yang lama, tiada guna kehidupan meskipun umur itu terus bertambah. andai ilmu di dada tiada , andai dendam lama beraja dan andai pengalaman tidak dibaja. apa guna tingkatnya usia. aku masih mencuba. 

seorang hamba Allah bertanya, kenapa begini berubahnya aku ? 

pada diri aku pun tiada jawapannya. selagi hati tahu tiada yang negatif padanya, selagi hati tahu Allah masih Satu , aku tenang dengan perubahan ini. jalan takdir Allah tentukan perubahan ini. kehidupan itu banyak pasang surutnya. manusia yang wujud itu pelbagai jenisnya. salah satunya aku. bukan aku membenci pada siapa yang pernah mencuba tapi aku syukur , Allah jumpakan mereka untuk mengajar lebih tentang hidup. Allah temukan aku pada rakan yang mampu aku berpaut juga pada rakan yang seeloknya aku lepaskan. 

untuk jawapan pada pertanyaan. 

yang pergi itu aku
yang menjauh itu aku
yang berlalu itu aku
yang berahsia itu juga aku

sedang kau terus menduga
sedang kau terus bertanya
sedang kau lantang berkata
sedang kau masih terlupa

akan tindakan aku punya cerita
satu perkara tak mampu dipinta
kerana nanti bila berkata
mungkin punya hati terluka

biarlah aku menyepi
tolak menjauh diri sendiri
bagi aku itu arah berani
meski di tepi terus membenci

manusia itu tiada mudahnya dipenuhi
kehendak mereka selalu menjadi-jadi
di minda langsung tak mengerti
akan apa yang sendiri alami

pergilah pergi jangan pernah kembali
yang pahit itu cuma memori
yang sakit itu hanya diingati
tak hendak lagi untuk dirasai

gembira bertemu bukan dibibir
selamat tinggal juga tidak ditabir
pertemuan kemudian jangan ditagih
kerana diri ini tak mampu berdalih

maaf pada yang terucap lagi.