Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Auckland Trip Part 3



~ assalamualaikum ~

Alhamdulillah, hampir berjaya menghabiskan entri tentang percutian ini! Seronok seronok.. yelah takdelah terperam jek. Okehh gambar kali nih sikit sangat sebab dah nak balik. Nih kira last day. Tapi pagi tuh kami keluar breakfast kat Denny's than jalan jalan kejap nak cari souvenir along. Yeaa cik abang sorang tuh dah nak balik baru teringat tak beli apa apa langsung. Sangat sengal. pick up hour adalah pada jam 12.45 tengah hari. Meh layan gambar lagi..



nih kira mall
tapi takde benda pun
lagi best jalan jalan kat tepi jalan tuh
lagi macam macam benda ada kat situ



haa apa sebab ambil gambar nih?
nih nak cerita sikit
kat NZ isyarat pejalan kaki nih elok jek berfungsi
berkhidmat untuk kesenangan pejalan pejalan kaki
bahkan bagus jek berkhidmat untuk orang buta okehh
tapikan kalau kat M'sia, kejap jek dah tak berfungsi
marilah kita sama sama ambil contoh yang baik nih
nih tak, yang tak elok juga yang diikutnya
haishhhhh



yeayy betul dah nak keluar dah
papa pun dah siap beruniform dengan blazer segala
hehe tuh yg pinky pink tuh anak perempuan dia tau
hahaha :)


dalam lif gelap
yeaa tahu tahu saya dah memang gelap!
owhh yeaa, tak nampak ke baju baru tuh?
haha baru jek beli tau
beli kat COTTON ON jek


along dan adik
tukang angkat beg



University of Otago
kat kawasan nih agak aman damai sikit
syokk arhh siapa dapat belajar kat situ


akhirnya, nihlah gambar terakhir percutian untuk tahun 2011
setakat nih :)
CITY OF SAILS hope to see you soon
mana tahu ada rezeki ke sini lagi

Jadi, itulah cerita Dila sepanjang berada di sana. Balik pada 3 Februari 2011. Sampai kat KLIA jam 9 malam waktu M'sia. Satu pengalaman yang amat bernilai. Alhamdulillah rezeki ke sana. Melihat sendiri budaya hidup orang sanakan. InsyaAllah ada rezeki ke tempat lain pula. Bolehlah cerita ceriti lagikan. Apa apa pun, terima kasih pada sesiapa yang sudi dan setia baca entri entri Dila nih. Special credit to KAK IZU! Terima kasih sebab selalu komen entri Dila. Hee :)

BAIKLAH TAMAT SUDAH CERITA DILA
ALHAMDULILLAH BERJAYA JUGA :)

Auckland Trip Part 2


~ assalamualaikum ~

heyya, sambung entri lepas yeahh! Entri kali nih lagi banyak gambar, harap takde yang nak termuntah pula yeaa tengok muka minah senget yang agaklah comel nih tapi masih tak boleh nak tanding muka Aishwarya Rai ataupun Angelina Jolie tapi akan akan Demi Lovato adalah *wekk agaklah nak perasan pun* heee :D . Okehh untuk second day nih, kami semua lagi banyak jalan cari souvenir untuk family kat M'sia. Lepastuh kami ke Devonport naik cruise. Makan fish and chips, bak kata papa ' the best fish and chips in the world ' . Okehhlah, not bad. Memang sedap tapi unik. Kenapa? Haa jap lagi tahu yeaa..



nihlah Denny's
kami sarapan kat sini
boleh tahan sedap tapi kena ambil yang takde meat sebab tak beranikan
Dila suka mashed potato nya jek, yummyyy!
kat sini jumpa oang M'sia kerja namanya Mandy.
Cina Pulau Pinang. Dia kata dah 4 tahun kerja kat situ.


haha candid!!
tengah tunggu breakfast sampai
yang bestnya kat sini kopi free refill
haa minumlah sampai kembung perut yeaa
plus hot chocolate dia marvellous *betul ke eja?*


haha mimpi jeklah!
ambil gambar mampulah.
haha, tapi tak berapa minat sangat dengan PRADA nih
lebih prefer ESPRIT
lebih remaja gitu!


apa motif gambar nih?
haha hari tuh ada pakcik Dila kirim sunglass Oakley yang tiruan
tapi tak jumpa pula, so ambil gambar butik pun jadilah yeaa!
haha bengang jek pkacik tuh :)


LV!
wahh, kalau nak beli better beli kat PARIS
yelah kat sana tempat pengeluarannya
kalau banding dengan M'sia jauh okehh
kalau papa ada nightstop lama kat Paris mesti dia jalan jalan ke LV
nih pun tak berapa nak minat
prefer COACH or LESPORTSAC


haha alongku sengal
entah apa peel nak ambil gambar nih pula
owhh nak tunjuk gigi sumbing lepas eksiden hari tuh yeaa?
haha :))



nih papa dah beratur nak beli tiket naik cruise ke Devonport
1 family - 4 orang = NZ $ 28
okehh arr tuh, pergi dan balik tau!
not bad harga nyer


pelabuhan
alamak tak tahu pula apa namanya!


cruise kami
FULLERS
p/s : sory huruf F tak nampak sebab papa dah suruh masuk
orang orang kat belakang dah mula ramai



wahh idaman!!
ala ala TITANIC gitu
nama kapal nih DAWN PRINCESS
besar sangat, papa kata one day nak bercuti atas kapal macam cerita Pisau Cukur tuh
tagline nya ' ada ikan besar ke kat sini? ' hahah :D


okehh minah senget dah makin senget
hehe jangan muntah sudahlah yeaa
tuh sunglass duit raya 2 tahun lepas
ESPRIT okehh


with my beloved daddy
amacam sama tak?
haha :D:D


Bandar Auckland
view dari atas cruise



anak anak Encik Rozley
along tuh actually tak perasan yang adik ambil gambar
bila dia tengok balik, bukan main suka lagi
katanya ' style '
Fyq jek bengang sebab mata dia tiba tiba tutup
haha :D



nih baru papa yang ambilkan
haa amacam masing masing boleh masuk American Next Top Model tak?
haha nih kalau masuk, sure sure kena undi keluar dulu


pelabuhan Devonport
PORT O CALL



aduishhh bestnya!!
DEVONPORT PUBLIC LIBRARY
kalaulah Dila ada banyak duit, nak jek Dila bina sebuah macam nih
seronoknya
kat tempat Dila takde public library
ada pun tuh Pustaka Negara tapi agak jauhlah juga kan.



nihlah kedainya
kalau sesiapa datang ke Auckland, mesti pergi Devonport naik cruise cuma 15 minit gitu
and mesti datang ke kedai nih
memang sedap!


haa nihlah yang uniknya
kalau kat M'sia macam makan nasi lemak atas daun pisang
kat sana makan fish and chips berlapik ketas minyak
kalau tak silap itu papa ambil 2 set = NZ$ 28


dah selesai makan jalan mehh
mula mula duduk kat bench nih dulu sebab penat
padahal mengah lepas makan tuh! hehe
nihlah buah hati kesayangan saya
ramai okehh bodyguard :)


seriously sangat seriau okeh
budak nih siap lepaskan tangan sambil jerit macam dalam cerita King Kong jek
papa kata kalau ada perempuan kat tangan lepas tuh helikopter lalu
mesti sebijik macam cerita King Kong
parents dia tak kisah pun, even kami pun tak nampak parents dia kat mana
papa yang terjerit jerit.
last last, kami blah dari situ terus ke tepi pantai


ingat tak dalam cerita Finding Nemo?
ada burung yang sebut ' my my my '
haa papa kata nihlah burung tuh
tapikan habis park bersepah sebab burung burung nih kirai tong sampah
lepas tuh ada lah couple nih tengah makan
erhhh boleh pula burung burung nih melanguk depan dorang tunggu makan
haishh sungguh!


adik dan along jadi sewel
ting tong arhh adik beradik Dila nih!


nih lagilah tak faham motif budak sorang nih
haha apa apa jelah dik oiii


weyhh kamu ingat nih photoshoot ke?
haa nak masuk magazine mana?
akak boleh tolong hantarkan gambar nih
haha apakah ??


wahaii angin, kamu berjaya juga merleperkan jambul papaku
hehe angin punya pasallah nih
tapi tetap tuh nak maintain perasan hensem
heee :D:D


dah nak balik
Auckland babehh


nih pelabuhan dari atas cruise
tapi bangunan coklat belakang tuh tak tahu apa pula



penat sudah pusing pusing Devonport
kami pergi Giapo
belasah aiskrim
nih Dila ambil aiskrim ' Whatever' dan 'Kiwi'
masam but I loikeee :)


balik tuh terus lepak lepak kat hotel
rehatkan badan and cadang nak keluar balik dalam 7 lebih
sebab nak cari makan
tiba tiba semua terlelap, papa yang terjaga dekat pukul 9
tangkas semua bangun sebab takut takde kedai makan
yelah banyak kedai tutup pukul 5 kan
nasib baiklah ada kedai nih
wahh penyelamatku! heee :)


sudah makan sambung jalan yeaa
nih kan daa malam terakhir kat sana
Menara Auckland waktu malam


apakah ini?
haa nihlah BUNGY


yahh betul along dan adik jek yang naik!
Dila?
erhh takpelah, segan I
* padahal punyalah penakut tuh, dahlah gayat, nak cover pula*
ishkk yea yea saya GAYAT
hehe bagi 10ribu pun tak nak naik
sungguh!


haha orang tuh tengah pasangkan adik tali pinggang
kami yang kat bawah nih lagi over jerit jerit banding along dan adik
untuk bungy nih per person = NZ$ 40


Dah sudah naik bungy tuh, kami sambung jalan jalan ambil angin malam. Bila malam pun takde lah terasa sejuk sangat. Banyak kedai dah tutup tapi lampu punyalah terang. Agaknya lah ada party atau prom night waktu tuh sebab ramai perempuan perempuan kat situ terjerit jerit macam iklan ubat sakit tekak sambil pegang botol arak. Agak arhh nak mabuk pun. Kami terus jalan cepat cepat. Buatnya mereka serang karang, yelah orang mabuk nih kita tak boleh jangkakan. Karang tertiba bogel kat situ, tak pasal pasal along, adik dan papa dapat tengok free show. Kurang pahala weyhh! Haha :D

Okehlah, nanti Dila update lagi untuk entri part 3. InsyaAllah dalam masa terdekat yah. Maaflah buat yang tertunggu sebab bila start sekolah nih memanglah Dila busy. Hari hari balik lambat sebab kena pergi prep plus awal tahun nihkan sibuk dengan merentas desa segala. Jadinya bila balik tuh, memang layan buah hati iaitu homework jek lah. Laptop nih tersisih ke tepi, kadang tuh nampak gak sayu jek sebab Dila tak pandang ia. Sorry sayang, I busylah. U jangan risau, nanti bila I dah berjaya I tukar yang besar terus. Wahh langsung merajuk terus rosakkan. Hee minta simpang jauhhh! Okehlah jumpa di entri seterusnya. Muahhh :)















Friday, February 4, 2011

Auckland Trip Part 1


~ assalamualaikum ~

Hye semua! Okeh okeh, tahu dah lambat update pasal trip ke Auckland, New Zealand hari tuh. So, seperti semua tahu saya ke sana pada 31/01/2011. Flight pukul 09:35 pm tetapi delayed 30 minit sebab luggage lambat masuk kargo. Takpe takpe kami semua duduk dengan sabar dalam kapal terbang MH131. Perjalanan mengambil masa 10 jam. Perjalanan agak bergelora sikit sebab hujankan. Jadinya awan tuh tebal arhh. Alhamdulillah segalanya selamat. Sampai di Auckland, NZ pukul 01:30 pm waktu sana. Owhh yea, beza waktu Malaysia dan Auckland ialah 5 jam. Malaysia lambat 5 jam daripada sana. Okehlah, banyak pula membebelnya. Meh sama sama tengok gambar. Haa untuk hari pertama nih, tak banyak gambar sangat.


Nih saya dengan along.
Tengah tunggu papa waktu nih.
Papa ke office untuk laporkan diri.

Kali nih gambar dengan adik pula.
Haha jangan terkejutlah tengok minah senget nih pakai skirt labuh.
Haha memang buang tabiat betul orang nih!

Alhamdulillah, time nih dah kat airport Auckland
Takdelah sejuk sangat
21 darjah celcius ke 24 darjah celcius jek
tapi angin agak kuat jugalah

nihlah papa saya
yea masih lagi dalam uniform.
Waktu nihkan baru sampai, tunggu crew yang lain
kami semua naik transport yang MAS sediakan

haha bajet photoshoot untuk magazine jeh
nihlah along dan adik saya yang kadang kadang ting tong macam saya
hehe :D:D

nih plak view daripada bilik hotel
sorry takde gambar bilik atau hotelnya!
kami stay kat Crowne Plaza Hotel
seronok sebab tengah bandar, senang nak jalan

haa saya tahu!
asal papa lagi kurus daripada along?
haha biasalah tuh, along nih kuat makan banding papa
nihlah jejaka jejaka kesayangan saya :)

apa motif ambil gambar nih?
hahh sila zoom kat nombor plat kereta tuh
tertiba teringat cerita 'Zombi Kampung Pisang'
- zomba zomba, zombilah! -
hehe :))

first thing first, haruslah cari makanankan!
nihlah tempat first kami makan.
MIDCITY KEBAB
sedap tau!

nih pula Menara Auckland.
ala macam Menara KL lah

woahh kalau ke NZ mesti cari ais-krim nih
sedap tau!
nih special design tau.
siap ada tanda tangan orang yang design tuh


Okehlah, selesai sudah entri untuk hari pertama! Yang bestnya, kat sana banyak makanan halal tau. So, takde lah susah nak cari makanan lagipun nak ke sana memang tak boleh bawa makanan. Kat Auckland ramai juga Malaysian tapi kebanyakkannya tak pakai tudung. Jadi bila jumpa orang yang pakai tudung, along dan adik jakun semacam jek. Haha kat Malaysia berlambak orang pakai tudung, takde pun dorang nih jakun. Hehe..

Untuk first day, kami tak jalan sangat. Sekadar cari makan jek. Lagipun keluar pukul 4 petang. Kat sana dalam puku 5-6 petang banyak kedai dah tutup. Jadi tak bestlah nak jalan jauh jauh sangat. Owhh yeaa, kali nih jalan agak penat berbanding waktu jalan di Frankfurt, German dulu. Yelah, cuaca pun tak sesejuk waktu kat Franfurt plus jalan kat Auckland nih berbukit sikit. Papa kata, bawah tuh gunung berapi hidup. Last meletup waktu 100 tahun dahulu. Jadinya, kalaulah meletup lagi memang hilanglah Auckland tuh. Huishh berderau darah kejap!

Haa, tunggu entri untuk hari kedua dan ketiga pula yeaa! Banyak lagi gambar yang menanti. Wait yeaa :)