Thursday, January 6, 2011

13 Perkara Tentang Saya


~ assalamualaikum ~

- PERINGATAN AWAL -
Jikalau melihat sahaja pada tajuk, terus tak berkenan.
TOLONG JANGAN BACA!

1. Saya sangat sayangkan keluarga saya. Mereka adalah harta paling berharga. Nak kutuk saya, saya tak kisah tapi jangan sesekali libatkan mereka kerana mereka tidak ada kena mengena dalam apa jua yang berlaku antara saya dan kamu!

2. Terlalu minat mengumpul novel, komik dan segala macam lagi bahan bacaan. Maknanya, SAYA SANGAT SUKA MEMBACA!

3. Gemar menonton VCD atau DVD apabila ada masa lapang. Tak akan bosan walaupun dah tengok cerita tuh 50 kali.

4. Saya berkawan dengan beribu orang tapi sekali buat saya marah/benci, selamanya saya kan marah/benci kamu!

5. Saya tegas dalam pendirian saya. Dalam erti kata lain, saya DEGIL dan KERAS HATI. Andai saya yakin perkara itu betul, jangan harap saya akan ubah keputusan tuh. Tapi masih boleh dibawa berunding :)

6. Sangat tidak berkenan dengan orang yang suka cakap-cakap belakang. Kalau ada rasa tak puas hati pada saya, sila jumpa terus pada saya. Saya akan berubah kalau apa yang kamu kata itu betul.

7. Mudah peramah tapi kalau orang tak kenal, mereka kata muka saya sombong. Haishh, bnarkah? Mungkin..

8. Kawan baik saya adalah lelaki. Haha tak salahkan?

9. Menggemari sukan bola sepak kerana takdir saya dilahirkan dalam keluarga ramai lelaki. Tambahan lagi, ada di antara pemain-pemain bola sepak nih hensem. Hee :)

10. Saya tak akan lakukan perkara yang saya tak suka orang lain lakukan pada saya. Faham maksud saya?

11. Forever in love dengan lagu Winter Sonata, Right Here Waiting For You- Richard Marx dan If You're Not The One - Daniel Bedingfield.

12. Sangat istimewa kerana dikurniakan 2 ayah dan 2 mak. Kadangkala agak rumit tapi untuk membiasakan keadaan sebegini, mengambil masa yang lama. Perlu matang sentiasa

13. Entah kenapa ramai yang selalu lupa tarikh harijadi saya iaitu 13 Februari 1996. Mungkin tak penting tapi kalau abnag sendiri pun asyik lupa, haihh ;)

wahh berjaya dah buat list nih
haha harap kalian suka baca post kali nih
kalau tak suka pun, buat buat jek suka sebab kamu dah habis baca dah
HEHE :D

2 comments:

ummi_ziz said...

eh, eh kita ada persamaan la, tang no 1, 2, 9 and 11..agreed! hee..

Olo ye ke org sll lupe bday Dhila, klu camtu tk slh bgtau.igt kn..may be org btul2 tlupe..:D

Tk care, dik!!

Fadhilah Rozley said...

Wah wah, xsgka ada persamaan! yg no 11 tuh, tiga2 akak minat ke? Hehe.. Yelah kak, org slalu lupa. Hehe tp kdg2 tuh, bila daa smpai harinya, tahu plak dorang wish.. Maybe dorang tgok kat FB kot. Hehe.. Okehh, akak pun take care yeaa.. Opss lupa, baby dah brapa bulan erkk?