Monday, February 7, 2011

Auckland Trip Part 2


~ assalamualaikum ~

heyya, sambung entri lepas yeahh! Entri kali nih lagi banyak gambar, harap takde yang nak termuntah pula yeaa tengok muka minah senget yang agaklah comel nih tapi masih tak boleh nak tanding muka Aishwarya Rai ataupun Angelina Jolie tapi akan akan Demi Lovato adalah *wekk agaklah nak perasan pun* heee :D . Okehh untuk second day nih, kami semua lagi banyak jalan cari souvenir untuk family kat M'sia. Lepastuh kami ke Devonport naik cruise. Makan fish and chips, bak kata papa ' the best fish and chips in the world ' . Okehhlah, not bad. Memang sedap tapi unik. Kenapa? Haa jap lagi tahu yeaa..



nihlah Denny's
kami sarapan kat sini
boleh tahan sedap tapi kena ambil yang takde meat sebab tak beranikan
Dila suka mashed potato nya jek, yummyyy!
kat sini jumpa oang M'sia kerja namanya Mandy.
Cina Pulau Pinang. Dia kata dah 4 tahun kerja kat situ.


haha candid!!
tengah tunggu breakfast sampai
yang bestnya kat sini kopi free refill
haa minumlah sampai kembung perut yeaa
plus hot chocolate dia marvellous *betul ke eja?*


haha mimpi jeklah!
ambil gambar mampulah.
haha, tapi tak berapa minat sangat dengan PRADA nih
lebih prefer ESPRIT
lebih remaja gitu!


apa motif gambar nih?
haha hari tuh ada pakcik Dila kirim sunglass Oakley yang tiruan
tapi tak jumpa pula, so ambil gambar butik pun jadilah yeaa!
haha bengang jek pkacik tuh :)


LV!
wahh, kalau nak beli better beli kat PARIS
yelah kat sana tempat pengeluarannya
kalau banding dengan M'sia jauh okehh
kalau papa ada nightstop lama kat Paris mesti dia jalan jalan ke LV
nih pun tak berapa nak minat
prefer COACH or LESPORTSAC


haha alongku sengal
entah apa peel nak ambil gambar nih pula
owhh nak tunjuk gigi sumbing lepas eksiden hari tuh yeaa?
haha :))



nih papa dah beratur nak beli tiket naik cruise ke Devonport
1 family - 4 orang = NZ $ 28
okehh arr tuh, pergi dan balik tau!
not bad harga nyer


pelabuhan
alamak tak tahu pula apa namanya!


cruise kami
FULLERS
p/s : sory huruf F tak nampak sebab papa dah suruh masuk
orang orang kat belakang dah mula ramai



wahh idaman!!
ala ala TITANIC gitu
nama kapal nih DAWN PRINCESS
besar sangat, papa kata one day nak bercuti atas kapal macam cerita Pisau Cukur tuh
tagline nya ' ada ikan besar ke kat sini? ' hahah :D


okehh minah senget dah makin senget
hehe jangan muntah sudahlah yeaa
tuh sunglass duit raya 2 tahun lepas
ESPRIT okehh


with my beloved daddy
amacam sama tak?
haha :D:D


Bandar Auckland
view dari atas cruise



anak anak Encik Rozley
along tuh actually tak perasan yang adik ambil gambar
bila dia tengok balik, bukan main suka lagi
katanya ' style '
Fyq jek bengang sebab mata dia tiba tiba tutup
haha :D



nih baru papa yang ambilkan
haa amacam masing masing boleh masuk American Next Top Model tak?
haha nih kalau masuk, sure sure kena undi keluar dulu


pelabuhan Devonport
PORT O CALL



aduishhh bestnya!!
DEVONPORT PUBLIC LIBRARY
kalaulah Dila ada banyak duit, nak jek Dila bina sebuah macam nih
seronoknya
kat tempat Dila takde public library
ada pun tuh Pustaka Negara tapi agak jauhlah juga kan.



nihlah kedainya
kalau sesiapa datang ke Auckland, mesti pergi Devonport naik cruise cuma 15 minit gitu
and mesti datang ke kedai nih
memang sedap!


haa nihlah yang uniknya
kalau kat M'sia macam makan nasi lemak atas daun pisang
kat sana makan fish and chips berlapik ketas minyak
kalau tak silap itu papa ambil 2 set = NZ$ 28


dah selesai makan jalan mehh
mula mula duduk kat bench nih dulu sebab penat
padahal mengah lepas makan tuh! hehe
nihlah buah hati kesayangan saya
ramai okehh bodyguard :)


seriously sangat seriau okeh
budak nih siap lepaskan tangan sambil jerit macam dalam cerita King Kong jek
papa kata kalau ada perempuan kat tangan lepas tuh helikopter lalu
mesti sebijik macam cerita King Kong
parents dia tak kisah pun, even kami pun tak nampak parents dia kat mana
papa yang terjerit jerit.
last last, kami blah dari situ terus ke tepi pantai


ingat tak dalam cerita Finding Nemo?
ada burung yang sebut ' my my my '
haa papa kata nihlah burung tuh
tapikan habis park bersepah sebab burung burung nih kirai tong sampah
lepas tuh ada lah couple nih tengah makan
erhhh boleh pula burung burung nih melanguk depan dorang tunggu makan
haishh sungguh!


adik dan along jadi sewel
ting tong arhh adik beradik Dila nih!


nih lagilah tak faham motif budak sorang nih
haha apa apa jelah dik oiii


weyhh kamu ingat nih photoshoot ke?
haa nak masuk magazine mana?
akak boleh tolong hantarkan gambar nih
haha apakah ??


wahaii angin, kamu berjaya juga merleperkan jambul papaku
hehe angin punya pasallah nih
tapi tetap tuh nak maintain perasan hensem
heee :D:D


dah nak balik
Auckland babehh


nih pelabuhan dari atas cruise
tapi bangunan coklat belakang tuh tak tahu apa pula



penat sudah pusing pusing Devonport
kami pergi Giapo
belasah aiskrim
nih Dila ambil aiskrim ' Whatever' dan 'Kiwi'
masam but I loikeee :)


balik tuh terus lepak lepak kat hotel
rehatkan badan and cadang nak keluar balik dalam 7 lebih
sebab nak cari makan
tiba tiba semua terlelap, papa yang terjaga dekat pukul 9
tangkas semua bangun sebab takut takde kedai makan
yelah banyak kedai tutup pukul 5 kan
nasib baiklah ada kedai nih
wahh penyelamatku! heee :)


sudah makan sambung jalan yeaa
nih kan daa malam terakhir kat sana
Menara Auckland waktu malam


apakah ini?
haa nihlah BUNGY


yahh betul along dan adik jek yang naik!
Dila?
erhh takpelah, segan I
* padahal punyalah penakut tuh, dahlah gayat, nak cover pula*
ishkk yea yea saya GAYAT
hehe bagi 10ribu pun tak nak naik
sungguh!


haha orang tuh tengah pasangkan adik tali pinggang
kami yang kat bawah nih lagi over jerit jerit banding along dan adik
untuk bungy nih per person = NZ$ 40


Dah sudah naik bungy tuh, kami sambung jalan jalan ambil angin malam. Bila malam pun takde lah terasa sejuk sangat. Banyak kedai dah tutup tapi lampu punyalah terang. Agaknya lah ada party atau prom night waktu tuh sebab ramai perempuan perempuan kat situ terjerit jerit macam iklan ubat sakit tekak sambil pegang botol arak. Agak arhh nak mabuk pun. Kami terus jalan cepat cepat. Buatnya mereka serang karang, yelah orang mabuk nih kita tak boleh jangkakan. Karang tertiba bogel kat situ, tak pasal pasal along, adik dan papa dapat tengok free show. Kurang pahala weyhh! Haha :D

Okehlah, nanti Dila update lagi untuk entri part 3. InsyaAllah dalam masa terdekat yah. Maaflah buat yang tertunggu sebab bila start sekolah nih memanglah Dila busy. Hari hari balik lambat sebab kena pergi prep plus awal tahun nihkan sibuk dengan merentas desa segala. Jadinya bila balik tuh, memang layan buah hati iaitu homework jek lah. Laptop nih tersisih ke tepi, kadang tuh nampak gak sayu jek sebab Dila tak pandang ia. Sorry sayang, I busylah. U jangan risau, nanti bila I dah berjaya I tukar yang besar terus. Wahh langsung merajuk terus rosakkan. Hee minta simpang jauhhh! Okehlah jumpa di entri seterusnya. Muahhh :)















2 comments:

ummi_ziz said...

Hihihihih adik beradik yg super sporting tmasukla ayah Dhila. :)

Nway bestnya dpt naik cruise ke Davenport tuh. mcm2 experience u all ye, tmasuk naik bungy tu..ahaha klu akk pun tkt jgk nak naik..hee.

Ye betul omputih mabuk mmg unpredictable. pnh satu bas dgn derg blk dr Birmingham, masa tu Zahin bby lg..ada sorg pompuan tu kata dia nak beli Zahin..eei seram. ktrg wat tatau aje. lg dilayan nti lg mjadi2 kn..

Fadhilah Rozley said...

hehe kalau time baik, mmg sume sporting. cuba time gado, daa mcm perang dunia daa! hehe :D

yupp, dulu ke Frankfurt pun naik cruise jgk. uishh naik bungy tuh mmg xderknya la nak naik. tengok benda tuh kena lontar ke atas pun dah seriau.

ishkk, mmg kak! time tuh ada satu van nih, penuh dgn minah2 mabuk. trpekik pekik mereka. hehe nak beli zahin? wahh betu2 gila tuh.. hehe