Wednesday, April 30, 2014

Cerita Tentang...

Assalamualaikum. 

Cerita tentang? Tentang apa? Kenapa tajuk bersangkut? Belum mula da ada sambungan pula. Hehe saja mengada. Ok serious talk. 

Cerita tentang kehidupan itu sendiri. 

Bukanla aku manusia paling mahir tentang selok belok kehidupan itu bahkan aku bukanla manusia paling lama duduk di muka bumi Allah ini sehinggakan segalanya aku tahu bukan juga aku ni vampire cerita twilight hidup bertahun lama tu. Bukan bukan. 

Aku cuma manusia biasa. Meniti hari dan dugaan sepertimana semua manusia pun melalui. Cumanya berlainan pada tahap kemampuan individu itu sendiri. Meskipun baru setahun jagung and baru la konon nak teroka dunia luar kan. I still have learnt alot just by staying and observing what happened in my surrounding. 

Dan mungkin kerana terbiasa pada persekitaran begitu menyebabkan aku lambat ataupun sukar untuk menerima persekitaran yang baru. Untuk menyesuaikan diri dan sebagainya. Malahan lebih gemar mengambil tindakan tidak peduli. Tapi. Once i've been attached to that surrounding, i'll be in full commitment with that surrounding. Yes aku takmudah attach to people but sekali aku da attach, aku akan anggap dia penting sampai bila2.

Bila aku da anggap that surrounding or the people in that surrounding important, aku akan mula ambil kisah. 

Aku berjaga2 bila berkata. 
Aku berhati2 dgn tindakan. 
Aku mungkin berkecil hati. 
Aku juga akan terasa. 
Aku nak yang happy2 je untuk mereka.  
Aku akan try my best untuk minat sama. 
Aku akan ikut flow mereka. 
Aku akan mula serba salah. 
Aku care pasal mereka. 

The same goes to my family. Bila berlaku sesuatu, aku mudah terasa cuma kadang2 tu lebih kepada mengada. Family adalah surrounding yang paling aku attached sekali. Beribu kali pun aku terluka, aku tetap dengan mereka. Because they're family. 

As for friends. Well they come and they go. Ada masa aku sekadar hentian sementara, ada masa mereka sekadar tempat kunjungan menghabis masa. Sukar untuk aku attach jika yang datang hanya akan pergi. Justeru pada yang aku benar2 attach adalah pada mereka yang cuba dan cuba dan cuba untuk berada lama. 

Aku bukan jenis manusia yang berpaling pada kawan saat aku rasa bosan. Aku bukan jenis manusia yang berpaling pada kawan kerana aku sunyi. Aku jenis kawan yang pergi pada kawan untuk berkongsi. Aku jenis kawan yang pergi pada kawan untuk menemani. 

Baik susah mahupun senang. 

Keluarga terus ada dengan aku. Keluarga terus setia terima aku. Keluarga terus gembira ada aku. Kerana itu dari keluarga la kawan aku. 

Yes. Ada juga kawan yang aku sendiri lari jauh daripadanya. Bukan kerana membenci tapi lebih kepada mengelak untuk disakiti. Serik itu lebih tepat. Aku bersyukur, dari situ aku belajar tentang kehidupan dan tentang manusia. Yang serasi dengan ku juga yang tidak. 

Cuma satu. Jangan berjanji. Masa hadapan itu tiada kepastiannya. Aku paling gerun bila mereka yang berjanji dan tidak menepati. Kerana itu yang menyakitkan. 

Pros and cons. Karma. 

Mungkin kerana banyak yang aku tolak. Justeru banyak juga yang menolak. 

Itu kehidupan, mungkin. 

What goes around comes around. 

Perjalanan hidup aku berterusan. Manusia bakal lebih ramai yang aku kenal. 

Doa ku pada Allah hanya satu, 
'temukan aku dengan mereka yang dapat membimbingku ke jalan kebenaran Mu'

Persoalan tentang kenapa aku pergi jauh dari kawan dahulu adalah kerana keluarga terus menjadi nombor satu. 

Takpernah yang aku pinta daripada kawan itu untuk mengikut langkah aturan hidup aku. Yang aku mahukan cuma kefahaman tentang situasi aku. Jangan mempersoalkan. Jangan mempertikaikan. 

'Siapa yang ada dengan aku, ada. Siapa yang tiada, tiada'

Itu yang aku pegang selama ini. Dan itu juga yang memudahkan aku untuk padam memori dalam hidup. 

Tapi kalau boleh aku taknak pegang itu lagi. Aku nak belajar menghargai. Kerana aku sendiri ingin diri dihargai. 

Setiap perubahan diri itu seiring dengan kematangan fikiran. InsyaAllah. 




Thursday, April 24, 2014

UK Trip Part IV : London & Home

Assalamualaikum

So, here we're for the final chapter. Hehe poyo buat novel la pula kannn. So ok2. Balik dari paris kami duduk rumah je takpun pergi town beli coklat taksudah2. Bayangkan toblerone besar gedabak tu rm5 je. Gila tak beli sampai 20 kan. Haha. Cadbury lagi yang macam2 perasa ada. Tinggal aje kitkat takbanyak macam kat jepun tu. Kalau tak, da aku borong segala tok nenek kitkat yang ada. 

Ok. So hari kami balik tu sewa kereta lagi mokda and kak daia hantar. This time taksilap aku mokda drive, eh? Ah lupa da. Haha so kami bertolak awal sebabnya nak pergi kota london nak cari hard rock cafe. Babah kirim something from there. So kami ke sana. Park kat stesen subway yg dekat dengan airport then naik subway (bukan subway sandwich tu eh, jgn buat lawak pula naik subway sandwich) ke london. 

Then jalan2 ke hard rock cafe tapi benda yang di cari takde so just decide jalan sikit lagi sementara tunggu waktu nak ke airport. Terjumpa pula wonderland ke snowland ke apatah macam bazaar buka sempena krismas kan (aduh maafla short term memory lost, kata pun cerita zaman tun teja kan). Jalan2 situ. Ha ya, nak cakap. Kat tempat bazaar macam ni baik kat uk, london or paris selalu ada jual hot beer. Bukan nak kata jgn takbeli boleh minum rasa sedap, ngek ah. Nak kata bau dia BUSUK! Like seriously busuk. Ish apa la dorang minum. Ish ish. 

Pastu da habis2 round. Kejap je pun. Terus pergi subway balik then patah balik ke tempat kereta. 


The only picture yang sempat snap. Kat subway. Ala2 ktm gitu. Ini jekla pun kenangan di london. Takjalan mana sangat. Takpe next trip before mokda grad ke sana lagi kita. 


Sampai da airport. Check in luggage yang asalnya 2 tiba2 beranak pinak jadi 3. Nasib tak exceed limit kan. Pastu pergi minum jap kat cafe sementara tunggu gate buka. Dah siap semua, tiba masa untuk pergi. Drama airmata la juga sikit, aku nangis pun sebab fikir 'ala plkn tunggu!' Haha. Takla gurau. Sikit ah terasa sebab nanti lama baru jumpa mokda. Mereka berdua pula sayu2 je tgk aku nak balik malaysia. Jealous ah tu. Org lain jealous tgk org dapat sambung study overseas, mokda kak daia jealous tgk aku balik malaysia. Takpe beb, i makankan makanan tokmak masak for u bcos i just love u so much. Hahaha

Kali ni takde langsung gambar dalam cabin sebabnya first class penuh so takboleh nak buat macam rumah sendiri and aku tiba2 buat perangai lepas je crew serve makan terus aku tidur taksedar2 sampai la elok je lagi 2 jam nak landing kat klia. Bagus betul makcik sorang ni. Tapi tidur macam mana cukup pun, waktu landing tetap mabuk. Pelik bin ajaib sungguh. 


Alhamdulillah sampai da kl. Mama ambil. Sampai sana dalam maghrib macamtu. 

Selama 2 hari jugakla jetlag teruk. Malam memang langsung tak boleh tidur. Nanti pukul 8 pagi baru aku tidur sampai la zohor. Gila ah. Yela time gap hampir 8 jam tu. Da tu the next week, baru siap2 barang nak pergi plkn. Buat medical check up bagai. 

Hehe pengalaman pengalaman. Seronok lagi2 travel sendiri walaupun pergi tempat mokda. All this while kan travel dgn papa je. So yeah. Nanti nak pergi lagi sana sebabnya nak pergi tempat harry potter. Wizard world tu. Lupa kat mana. Haha. Anyway, my darling dear sunshine, thank you ya for ur hospitality and tenderness while i'm there with adik. Thanks to kak daia too for always cooked and cooked and cooked for us. Haha. Yes. Banyak kali masak. Only the last day aku masak. So secara rasminya masakan aiman fadhilah bt ahmad rozley sampai ke UK. 

So that's all. Sorry kalau ada terkasar bahasa ke apa ke. Kualiti gambar tak hd la sangat ke maafla ya. Till then.


UK Trip Part III : Paris, France

Assalamualaikum

The one that i've been waiting for all this time. Yes yes. Tempat yang nak2 sangat pergi apart of Mecca and Korea. Paris ! So the 2nd week tu kami shoot ke Paris guna train ah. 

Before that photos selingan waktu keluar jalan2 ke town. Niat utama kalau ke town harusla sebab nak mencari sumber makanan walaupun rumah mokda tu da layaknya panggil mini tesco sebabnya segala harta benda semua ada. Belacan cencalok budu bagai pun ada. Ikan kering ikan basah jangan kata la. Masak tiap2 hari masak lagi pula ada dua dbkl kat rumah tu yang asyikla lapar dan menggunakan alasan kerana suhu yang teramat sejuk jadi lemak diperlukan untuk menjadi penghadang. Sungguh ! 


Twins ke? Poyo la. Haha 


Alolo. Malu ai tau. Pelik je kalau kena ambil gambar sensorang. Fefeeling photoshoot. Haha. 


Us again. Bestfriend since forever. Gaduh2 manja tu normal la kan kan kan. 


Alley. Jalan takberapa nak shortcut tapi safe banding jalan tepi highway. 


Masuk dalam lagi da jadi horror alley. Time2 ni la segala cerita thriller nak buat tayangan perdana dalam kotak fikiran dan imaginasi. 


Tertiba sensorang. Homai !


Pastu ni jalan pergi school mokda. Loughborough University. Ramai juga orang kat sini. Sekali tu ambil kak daia kat school dia sekali. Ramai juga pakwe handsome dan tinggi tapi waktu tu bawah umur lagi so buat taktahu jekla. Haha gatal XD


Ha. Ni pepagi buta subuh da tercegat kat station tunggu train nak ke main station which is st pancras before ambil another train eurotrain ke aerotrain ke lupa pula nama dia yg straight terus ke paris. Muka teruja tu weh. 


While waiting. Ni lebih kurang macam stesen nilai tunggu nak ke kl sentral then kat kl sentral changed train nak ke klcc tapi tu dekat je. Haha nak juga bandingkan. 


Dalam train. Waktu ni best lagi rancak borak bagai. Tunggu jekla. Lepastu semua elok lelap. 


Sampai st pancras. Ambil tiket then pergi imigresen gak. Check passport bag semua. Baru masuk terminal. 


Waiting. Mcm departure hall la. 


Da dalam train. Senyum. Lepas tu krohkroh dengkur mulut ternganga takmalu anak dara tidur taksedar diri. Haha. Lari bakal mak mentua tgk. Bakal laki apatah lagi. 


Depan train station kat paris tu. Alhamdulillah selamat sampai and nasib baik elok je depan tu ada kedai kebab halal. Apa lagi. 


We took taxi then sampai la sini. Tahu kan nama dia. So takyahla eja eh eh eh. Kami sewa apartment which is more affordable and convenience rather that booked a hotel. Mostly kat sini kami jalan je. 


So. Nak dijadikan cerita. Tarikh kami ke sana adalah sama tarikh dengan birthday mokda. So i and kak daia pakat2la nak buat suprise kan. Punya la tak wish langsung kat dia. Tapi mokda dok bagi hint. Sengih2 jekla. sampai paris, kami decide nak pergi laduree. Then masa kat sana tuhla kami order kek dia yang yummy and buat suprise. Yang kelakarnya waiter paris yang handsome hoi pun nyanyi untuk mokda. Ok ai is jealous. Haha. Terharu tak terharu tak?! Hehe simple je tapi seronok. Hehe. 


Then jalan2. Then termasuk sephora. Then terbeli perfume. Then ter er er.. Haha burn duit hoi. Nasib la. Bank negara kat malaysia cekak pinggang je. Maaf pa :)


The next day. Tahu kenapa panas2 dalam cafe ni pun aku takbuka trenchie? Haha tertiba haritu berboria baju dengan mokda. Comel okeh. 


Then nak ke eiffel kan. Ha naik ni. Hop on hop off. Best. Semua tempat boleh lawat. Nama pun hop on hop off. So beli tiket then turun naik mana suka la. Kalau kena tinggal ada bus lain. Tp lebih waktu tutup dia jalan kaki la balik ya. Haha 


Yes yea yes. Finally ! Ni bukan ambil gambar photo google macam biasa tu tau. Ni snap sendiri ok. Hahaha. 


Muka teruja eksited padahal tengok besi je. Hehe alhamdulillah kebetulan hari tu langit sangat cantik so gambar sangat berkualiti lagi2 dengan model yang sangat, errr, hm, hehe no comment :)


Time ni monopod takde. Handpod ada. Selfie timeee :) 


Konon la kan kota romantik pastu dua manusia ni takde pakwe makwe lagi kan so romantik adikberadik pun bolehla kan. Haha aku tampar gak budak ni kang. Suka2 je nak cium i tau. Tu bakal bf tengok reject terus. Hoh. Hahaha poyo :p


Churros plus nutella. Time sejuk makan panas2. Sedap !


See. Told ya. SubhanAllah langit sangat cantik. Tangan ala2 standee cut kat bank tu toksah peduli. Macam nak kata 'welcome' kau. Haha


Comel tak comel tak? Haha. 


Ni.. Hm.. Triangle apatah. Jgnla ditanya. I punya geo B time pmr dulu. Haha tapi style doh nak ambil gambar mcm ni. Hehe


So that's it our trip for a day. Ni waktu tunggu bas nak balik apartment. Kaki da mcm nak tercabut da. Tapi seronok sangat2! Duduk paris pun taklama kejap je. Tapi puas hati la. Cumanya kat sini sangat susah nak cari makanan halal. Hari2 makan mcd fillet-o-fish mahu muntah darah weh lagi2 aku yang takbley takde ayam tpkan demi meneruskan hidup bersyukur atas nikmat Allah. Telan je. 

Ada sekali tu tawakal je masuk makan kat cafe order omelet cendawan. Nak buat macam mana. Lapar da. Darurat kan. Nihla satu bila merantau tempat orang. Kami lagi la ni sangat concern about halal food tapi at one point bila susah nak cari, no choice la kan. Tapi takde la nak order pork bagai beragak ah. Ayam pun tak order tau. Makan la telur sayur seafood. Okla. Alhamdulillah. 

So far. Sangat seronok di paris cuma kadang tu crowded ah. Tapi malam cantik. Lampu sana sini. Syok lagi wifi memana je ada. Haha. Bahagia ai ok. So next and the last entry later. 

UK Trip Part II : Wales

Assalamualaikum

Yeay! Sambungan sambungan. So this time kita ke Wales pula. Trip ke Wales adalah trip bidan terjun yang mana aku pun baru tahu. Haha masa kat malaysia da set2 dengan mokda nak pergi mana semua and wajib wajib wajib ke Paris. Haha. The tiba2 da sampai UK mokda kata kita ke Wales sekejap. Kira weekend getaway la. Kak Daia yang ajak actually. Since mereka berdua pun takpernah pergi. Aku nak banyak songeh? Memang takla kan. Laju je melompat angguk2 said no problem. Haha. Pucuk dicita ulam mendatang. 

So the first weekend aku and adik di sana kami bercuti ke Wales. From lufbra (shortform loughbourough, diam jangan gelak) to wales ada la dalam 4 hours more or less gitu. Sewa kereta senang nak gerak sana sini.  


Ni masih di town. Yes. Jangan peduli aku yang macam kartun rollie pollie ollie tu. Everything must be orange u know! Hai. Memang obses sungguh makcik ni dengan orange. 


Setelah penat berjalan, eceh poyo je. Sampai gak kat tempat ambil kereta sewa. Sangat baik dan ramahtamah pemilik tempat ni. Very good people la. Haha. 


Yes. Da dapat kereta ! All the way there, kak daia yang drive. Tutup mata dan buat tak endah tiba2 mimi pun sama terselit kat belakang. Malu ai tau. 18 da tapi mimi tetap kepit mana2. Masuk plkn pun bawa pastu macam sedar diri kan pulang balik waktu cuti sem haritu. Haha. 


Kat rnr dia. Haha suka hati je panggil rnr macam kat malaysia pula. Starbucks sini aku suka sebab dia ada hot white chocolate. Yummy seh. Tapi takbest takde green tea cream frappe. Peduli apa suhu cecah 0'C pun. Frappe tetap frappe. Haha


Here we're in Wales ! SubhanaAllah tempat dia sangat sangat sangat cantik. Angin lintang pukang sejuk yang amat. Tepi laut kan. Tudung kejap je ok. Kejap kang berterabur. Haha. Untuk gambar yang berkualiti harus ambil mengikut arus angin. Tips tu. 


Photobomb oleh si tinggi menunjang. 


Alolo. Si comel ni. Diam. Jangan bandingkan. Hahahaha. 


Us. Tiga gadis pingitan. Haha


Jalan2 kat town. Seronok time ni sebab tiba2 je ada parade. Havoc ah. Video parade tu da terdelete. Haha maaf :)


Dinner time. Makan kat kedai indian halal food. Asal ada ayam. Aku telan. Haha tapi portion kejadah dia besar. Jenuh nak habis. Siap bungkus buat sarapan esok. 


The next morning. Dahla freezing cold. Sekali hujan lagi tambah. Homai homai. Nak dijadikan cerita tragik, time turn aku nak mandi boleh pula heater buat lawak di pagi hari. Dia bantai taknak klua air panas. Kata receptionist maybe heater da tutup. Hoi jangan bergurau la ! Haha. Memang gamaknya aku mandi sambil buat lontaran suara jerit2 comel la. Bayangkan kat luar tah berapa je darjah celcius apatah lagi air tu yg macam air batu da. Hoh. 


Ni kat balkoni luar. Pergh muka konon2 berani sangatla nak snap picture tu kan. Padahal da separuh nyawa da tu penakut. Tudung tu, hm, no comment. 


Masih lagi di balkoni. Hok yang belakang tu langsung da taknampak pemandangan. Cahaya terang sangat. 


Kat tempat parking. Ni kira jalan2 keliling then terus balik ah. Muka serious macam tak ikhlas langsung nak ambil gambar. Ceritanya gaduh dulu dengan fyq before ambil gambar. Tu lepas bebel pastu terus snap. Hasilnya mcm tu. Cuba la try test. Haha


Shopping itu wajib. Haha. Tu trenchie aku pakai beli kat peacock ah. Kalau bab berjalan no 1 la kan. Dia kalau namanya aiman fadhilah, shopping benda pelik2. Orang beli baju memahal aku beli pyjamas lebih. Haha


Last place. Ya Allah takfaham aku. Pehal kepala gitu. Senget takbertempat kot. Hahahaha diam jgn gelak (da mcm org sasau da) XD


Gaya tudung 10 kali tuka. Angin punya pasal. Haih. Ni kan actually atas bukit tau. Tahu tak?! Haha. 


Ni kat outlet tu. Apatah nama lupa. Sampai ke malam ah kat sana. Kat sini yang galak bershopping souvenir untuk insan tersayang di malaysia. Kat Gap je sambar lebih 10 hoodie dia. Tshirt aku beli sehelai. Cari converse tapi takberbaloi pun sebabnya kat malaysia jauh beza murah banding sana. Benci ah ! Pastu jumpa malaysian couple yg da lama duduk sana la. So sweet of them. Tua da tapi cute. Haha tiba2. 


Ni paling kesayangan. Hoodie zipper Gap warna orange. Memang tersayang la nih. Padahal sampai skrg fikir gak beli hoodie berbanyak pun kat malaysia bukan sejuk mejuk mcm kat uk tu tp bleyla dalam bilik pasang aircond 16 pastu feeling2 kan. Haha tragis sungguh perempuan sorang ni. 

So tu trip kami ke wales. Sangat seronok evethough pergi kejap je. Tp memang tempat dia tenang dan seronok sangat. Thanks kak daia and mokda bawa kami ke sana. Ok. Next entry coming up.