Assalamualaikum
Hm. Ni cerita lapuk zaman Tun Teja dulu tapi still nak juga cerita. So what?! Haha cari gaduh pula. So yeah, a day after last paper SPM which is Sains Pertanian terus ambil flight awal pagi ke UK. Cuti2 hei. Haha. Memang tabik ah diri sendiri sebabnya sepanjang 2013 langsung tak berganjak bercuti baik dalam mahupun luar negara. Haha kononnya fokus study la tapi hampeh gak. Nasibla.
Jadinya, habis paper pukul 12 noon 4 Dec 2013 tu habis da paper. Kiranya merdeka ah. Haha terus balik rumah kejap print tiket bagai, check in online bagai. Yes semua buat sendiri sebabnya papa kerja time tu. Kali ni trip aku pergi berdua je dengan adik Fyq. Tapi semua benda harusla akaknya yang siapkan.
Selesai semua baru mama ambil balik nilai. Kemas baju pula. Memang perangai aku suka buat kerja last minute. Time tuhla baru nak pack bag makanan baju bagai kan. Memang sajaaa XD . So kiranya kemas makan solat semua tuptup da pukul 12 lebih da. Rileks gosok baju, akhirnya tidur la pukul 2 pagi. Tragiknya kerana pukul 0530 da kena bangun. Bersiap. Keluar rumah pukul 7. Walaupun dekat still papa sangat paranoid and keep calling kata suruh ada kat airport by 8. Padahal flight 1030.
Takpe la. Better awal kan. So ke sana la kami pagi2 buta tuh. Mama babah yang hantar. Bajet macam nak sambung study overseas kan. Mama siap nangis lagi. Hehe katanya ni first time kami travel sendiri. Which is not really true sebabnya aku selalu gak travel on plane sendiri bila balik johor tu. Ok yes johor je pun. Haha.
Mukadimah ke di atas? Entah. Tak pasti. Apa2pun mari mulakan pengembaraan anda bersama saya. Eceh :)
Passport holder yang akhirnya hilang kat imigresen Heathrow airport. Pakcik imigresen yang takberapa nak handsome lupa pulangkan balik. Mangkuk sungguh. Dahla custom made orange passport ni. Aku sedar pun benda tu takde waktu da masuk taxi. Hoh.
My space. Not myspace.
Ni waktu da tuka pjs. Tapi buang masa je tuka bukannya aku tidur pun sepanjang 13 hours flight. Mengadap running man la, movie la, dengar lagu la. Tuptup sampai da. Pastu siapla perangai kan, mabuk time landing. Memang dari dulu jadi perangai mengada tu.
With Fyq. Nak dijadikan cerita, class ni cuma kami berdua saja. Jadi da buat macam rumah sendiri la kan. Haha gabak berdua bersama. Tapinya kejap je bising sana sini. Lepas makan si Fyq bantai berdengkur dulu. Hoh. Menyampah.
Alhamdulillah. Selamat sampai setelah 13 jam dalam flight dan aku yang hanya tidur 3 jam setengah a day before. Memang kalah zombie da. Naik je taxi tahap mabuk tu da maksimum la. Terus je tidur. 2 hours lagi nak ke Loughborough tempat mokda. Fyq kata aku tidur da macam typhoon da. Ke kiri kanan kepala tapi sikit pun taksedar. Haha. Patutla bangun2 tengkuk rasa macam kena patah2.
Mokda's sweet little home. Cozy sangat. And dia punya kawasan macam rumah pakcik Harry Potter yang dalam movie 1st tu. Haha aku adik tidur bawah berdua. Tapi most of the time mokda join sempit menyempit sekali. Ala rindu anak sedara la tu. I know i know :D
Ni town dia. Takde la besar takjuga kecil. Sangat convenience sebab semua ada kat sini. Mostly la for the groceries memang tak susah. Kalau nak shopping sampai rabak tu better ke outlet la. Lagi best. Tu kengkonon photoshoot la kan. Harus yang jadi mangsanya si tinggi menonjang encik Fyq la. Hehe. Btw, waktu kat sana paling tinggi suhu was 8'C. So tahap kekembungan baju tu adalah kerana aku pakai 3 lapis berserta tudung. Jangan banyak bunyi eh.
The three of us. Ye. Yang kecik kat tengah tu la mokda. I think most of you guys da tahu sangat gerangannya buah hati pengarang jantung berulam hati i ni kan. Haha.
Tempat makan. Ala2 nandos. Halal ya sini. No worries. Aku selagi dapat ayam. Hidup aje.
Ni taktik nak snap yang belakang tu. Tapi apakan daya, tukang snap parkinson la pulaaaa.
Jalan2 lawat kawasan. The best thing about being tourist is that u can always snap picture anywhere and everywhere without have to be shy about it. Haha seriously. Sakai bantai je semua pun ambil gambar tak kira tempat. Tapi yg mendapat penghargaan kat sini harusla yang tiptop kan. Haha.
Ni setelah habis satu tesco tu kami borong baru sedar diri hari da malam. Kat sini 4:30 pm pun da malam da. By 8 da gelap gelita tapi perangai malaysian tu tetap bawa, pukul 12 karang baru tidur setelah layan 2-3 cerita hantu buat takut sendiri.
So itu cerita di loughborough pada hari pertama kami ke sana. Mostly lepastu lepak rumah je dulu. Sesuaikan jetlag kami dulu baru gerak ke mana2. Satu lagi sebabnya both mokda and kak daia (housemate mokda) ada school. So tunggu weekend la nak ke sana sini. Salji takde all the way sepanjang kami di sana. Takpela takde rezeki. Ok. Nanti sambung lagi. Banyak ni cerita perjalanan 14 hari kami di sana.
No comments:
Post a Comment