Cerita tentang? Tentang apa? Kenapa tajuk bersangkut? Belum mula da ada sambungan pula. Hehe saja mengada. Ok serious talk.
Cerita tentang kehidupan itu sendiri.
Bukanla aku manusia paling mahir tentang selok belok kehidupan itu bahkan aku bukanla manusia paling lama duduk di muka bumi Allah ini sehinggakan segalanya aku tahu bukan juga aku ni vampire cerita twilight hidup bertahun lama tu. Bukan bukan.
Aku cuma manusia biasa. Meniti hari dan dugaan sepertimana semua manusia pun melalui. Cumanya berlainan pada tahap kemampuan individu itu sendiri. Meskipun baru setahun jagung and baru la konon nak teroka dunia luar kan. I still have learnt alot just by staying and observing what happened in my surrounding.
Dan mungkin kerana terbiasa pada persekitaran begitu menyebabkan aku lambat ataupun sukar untuk menerima persekitaran yang baru. Untuk menyesuaikan diri dan sebagainya. Malahan lebih gemar mengambil tindakan tidak peduli. Tapi. Once i've been attached to that surrounding, i'll be in full commitment with that surrounding. Yes aku takmudah attach to people but sekali aku da attach, aku akan anggap dia penting sampai bila2.
Bila aku da anggap that surrounding or the people in that surrounding important, aku akan mula ambil kisah.
Aku berjaga2 bila berkata.
Aku berhati2 dgn tindakan.
Aku mungkin berkecil hati.
Aku juga akan terasa.
Aku nak yang happy2 je untuk mereka.
Aku akan try my best untuk minat sama.
Aku akan ikut flow mereka.
Aku akan mula serba salah.
Aku care pasal mereka.
The same goes to my family. Bila berlaku sesuatu, aku mudah terasa cuma kadang2 tu lebih kepada mengada. Family adalah surrounding yang paling aku attached sekali. Beribu kali pun aku terluka, aku tetap dengan mereka. Because they're family.
As for friends. Well they come and they go. Ada masa aku sekadar hentian sementara, ada masa mereka sekadar tempat kunjungan menghabis masa. Sukar untuk aku attach jika yang datang hanya akan pergi. Justeru pada yang aku benar2 attach adalah pada mereka yang cuba dan cuba dan cuba untuk berada lama.
Aku bukan jenis manusia yang berpaling pada kawan saat aku rasa bosan. Aku bukan jenis manusia yang berpaling pada kawan kerana aku sunyi. Aku jenis kawan yang pergi pada kawan untuk berkongsi. Aku jenis kawan yang pergi pada kawan untuk menemani.
Baik susah mahupun senang.
Keluarga terus ada dengan aku. Keluarga terus setia terima aku. Keluarga terus gembira ada aku. Kerana itu dari keluarga la kawan aku.
Yes. Ada juga kawan yang aku sendiri lari jauh daripadanya. Bukan kerana membenci tapi lebih kepada mengelak untuk disakiti. Serik itu lebih tepat. Aku bersyukur, dari situ aku belajar tentang kehidupan dan tentang manusia. Yang serasi dengan ku juga yang tidak.
Cuma satu. Jangan berjanji. Masa hadapan itu tiada kepastiannya. Aku paling gerun bila mereka yang berjanji dan tidak menepati. Kerana itu yang menyakitkan.
Pros and cons. Karma.
Mungkin kerana banyak yang aku tolak. Justeru banyak juga yang menolak.
Itu kehidupan, mungkin.
What goes around comes around.
Perjalanan hidup aku berterusan. Manusia bakal lebih ramai yang aku kenal.
Doa ku pada Allah hanya satu,
'temukan aku dengan mereka yang dapat membimbingku ke jalan kebenaran Mu'
Persoalan tentang kenapa aku pergi jauh dari kawan dahulu adalah kerana keluarga terus menjadi nombor satu.
Takpernah yang aku pinta daripada kawan itu untuk mengikut langkah aturan hidup aku. Yang aku mahukan cuma kefahaman tentang situasi aku. Jangan mempersoalkan. Jangan mempertikaikan.
'Siapa yang ada dengan aku, ada. Siapa yang tiada, tiada'
Itu yang aku pegang selama ini. Dan itu juga yang memudahkan aku untuk padam memori dalam hidup.
Tapi kalau boleh aku taknak pegang itu lagi. Aku nak belajar menghargai. Kerana aku sendiri ingin diri dihargai.
Setiap perubahan diri itu seiring dengan kematangan fikiran. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment