Showing posts with label nasihat sana nasihat sini. Show all posts
Showing posts with label nasihat sana nasihat sini. Show all posts

Friday, February 18, 2011

Anti-Cinta? Mana Ada!


~ assalamualaikum ~

Haa kenapa dengan tajuk tuh? Seperti yang semua tahu, Cik Dila nih manalah menyokong aktiviti bercinta ketika zaman persekolahan TETAPI bukan juga anti dengan cinta nih! Setiap manusia dikurniakan Allah perasaan cinta. Kita cinta pada ibu bapa, cinta pada kawan kawan, cinta pada keluarga, cinta pada Allah, cinta pada nabi dan sebagainya. Konsep cinta yang Dila tak berkenan sekarang ini adalah BERCINTA KETIKA SEKOLAH. Iyea, zaman sekarang nih bercinta ketika sekolah adalah sesuatu yang biasa. Bagi Dila pula, dari sudut pandangan seorang remaja zaman kini, bercinta waktu sekolah nih membebankan! Dila tak mengejek atau mengcemuh orang yang bercinta waktu sekolah, cuma tolong jangan nak kusutkan kepala orang lain pula.

Hehe kenapa Dila cakap macam tuh? Di sekeliling Dila, maknanya kawan kawan Dila kebanyakkannya dah ada buah hati. Memang mula mula bercinta tuh, hahh semuanya seronok. Orang nih ambil beratlah, orang nih baiklah dan macam macam lagi. Tapi cuba tengok 2-3 bulan lepas tuh ( itu pun kalau bertahanlah ), mamat tuh menyemaklah, mamat tuh main mata dengan orang lainlah, mamat tuh SMS dengan perempuan lainlah. Haa bukan setakat kusutkan kepala sendiri, kepala Dila pun ikut sama kusut sebabnya tiap tiap pagi datang jumpa Dila bukannya nak tanya apa khabar, bagi salam pun takda terus jek ' Dila, mamat tuh buat perangai lagi' . Erhh kita pun jadi angin jek satu badan. Haha tuhlah senario sekolah menengah sekarang nih.

Perasaan cinta tuh ada pada setiap manusia yang dikurniakan Allah perasaan. Dila sendiri akui pernah terdetik kat hati nih nak rasa apa itu cinta tapi pelajaran sentiasa menjadi keutamaan. Cukuplah sekadar merasai cinta pada Allah, ibu bapa dan keluarga kerana itu adalah cinta teragung. Cinta di antara lelaki dan perempuan pula pasti akan wujud pada diri manusia keran Allah telah menentukan bahawa setiap benda hidup di dunia ini ada pasangan. Jodoh/pasangan kita sudah pun ditentukan oleh Allah. Jadi kita sebagai manusia perlu berusaha mencari. Berusaha setakat yang mampu dan sentiasa berdoa agar pasangan kita itu adalah pasangan yang akan kekal hingga ke akhir hayat. Jangan pula terlalu obses mencari pasangan sampaikan hal hal lain entah ke mana perginya.

Sepanjang 15 tahun Dila hidup, macam macam konsep cinta yang Dila dah tengok. Drama dunia yang tiada penghujungnya. Ada yang bertemu bahagia tetapi ada juga yang berduka melihatnya. Ada yang mempertahankan cinta tanpa ikatan tetapi berlandaskan Islam selama bertahun tahun. Penghujungnya belum diketahui lagi. Ambil sahaja contoh mama papa Dila, mereka berkahwin selama 18 tahun tetapi sudah takdir Allah, cinta mereka berhenti setakat itu sahaja. Akhirnya, Allah temukan cinta pertama papa dahulu iaitu kawan sekolah dia yang akhirnya menjadi mummy Dila sekarang. Dila terima mummy seadanya dan Alhamdulillah, papa bahagia. Begitu juga mama, mungkin tiada siapa yang tahu penderitaan dia selama ini. Dila sebagai anak hanya mampu menjadi semangat untuk dia teruskan kehidupan. Alhamdulillah, Allah temukan juga dia dengan cinta sejati. Siapa sangka orang tua bercinta lagi dasyat daripada orang muda. Babah seorang yang sangat baik dan Dila bersyukur sangat sangat Allah temukan dia dengan mama.

Mungkin cinta antara mama dan papa tidak berhasil walaupun sudah 18 tahun berkongsi hidup tetapi percaturan hidup yang ditentukan Allah itu lebih indah daripada jangkauan kita. Mama dan papa bertemu cinta kedua mereka dan jelas terpancar kebahagiaan di mata mereka berdua. Walaupun sudah tiada ikatan lagi, terserlah keakraban mereka sebagai kawan dan juga saudara sesama Islam. Mereka tetap berhubung demi kami anak anak mereka. Bagi Dila, biarlah orang kata hidup Dila tidak sempurna kerana punya keluarga yang berpecah belah. Mereka hanya melihat pada yang tersurat, tetapi yang tersiratnya penuh dengan kebahagiaan. Dila bersyukur dengan hidup Dila sekarang dan Dila bahagia bila mereka bahagia. Buat apa nak bermuram durja, mereka hanya berpisah dan Dila adik beradik masih dapat merasai kasih sayang mereka.

Cinta itu terlalu banyak konsepnya. Apa pun caranya, cinta pastinya sesuatu yang indah. Sesuatu yang kita tak boleh nak buat buat kerana perasaan itu hadir dengan sendiri. Tapi sentiasa kena ingat, apa cara sekalipun cinta itu hadir dalam hidup kita, jangan sesekali mengatasi cinta kita pada Allah kerana dari Dia lah kita dapat merasai cinta itu. Begitu juga cinta dan kasih kita pada ibu bapa kerana jika tiada mereka masakan kita wujud di muka bumi ini untuk merasai cinta. Rasanya panjang pula cerita pasal cinta nih kan. Bagi yang masih bersekolah lagi, kejarlah ilmu kerana tanpa ilmu, pakwe/makwe pun lari. Hehe yelah, siapa nak orang yang tiada masa depan bukan? Setiap orang mahukan yang terbaik dalam hidup mereka termasuklah Dila. Jadinya, kalau nakkan yang terbaik, kita perlu bentuk diri kita dulu :)

CARILAH CINTA BERLANDASKAN JALAN ALLAH

Wednesday, January 19, 2011

Boleh Ke?


~ assalamualaikum ~

Hello hello maaf lama tak update belog! Busy sangat sangat dengan sekolah. Banyak kerja sekolah, macam biasalah tuh. Lepas tuh, setiap hari Sabtu ada jek hal kena pergi sekolah. Aduss penat okehh tapi demi sekolah, ku gagahi juga! Hehe sudah sudahlah berdrama. Bila suruh masuk pementasan tahu pula kecut. Hee maaf melalut pula. Okeh okeh balik pada tajuk di atas..

Kenapa saya tanya BOLEH KE? Haa nihlah nak cerita, sebenarnya cerita lama tapi biarlah, nak cerita juga. Nak juga, nak nak nak *sambil hentak kaki macam budakbudak*. Hmm, waktu Darjah 6 saya jadi Ketua Pengawas. Bila cikgu umumkan jek, ada yang bertepuk tangan tanda gembira. Terima kasih kepada sesiapa yang sokong sebab saya adalah Ketua Pengawas perempuan yang kedua pernah ada dalam sekolah tuh.

Tapi tetap ada juga yang tak sokong. Saya tak kisah asalkan tak ganggu hidup saya. Cuma agak terasa hati dengan keluarga sendiri. Baiklah, main point kat sini bukan untuk malukan keluarga sendiri. Hanya nak ceritakan jek. Mereka menyokong (mungkin) tapi tetap juga ada kata kata yang buat saya kecil hati. Walaupun saya baru 12 tahun, saya boleh fikir tentang sesuatu itu. Saya berusaha terus untuk sampai ke tahap tuh. Bila saja dilantik jadi pengawas, saya janji akan buktikan yang terbaik dan kalau boleh nak jadi Ketua Pengawas.

Sebab utama saya nak buktikan semua tuh ialah kerana saya nak tutup mulut mereka mereka yang selalu memandang rendah pada saya. Mereka selalu mengatakan saya anak manja, apa pun tak boleh buat. Haa itulah sebabnya! Akhirnya saya berjaya buktikan tapi masih ada yang berkata kata. Ada juga yang cakap ' Elehh dia jadi ketua pun sebab kuat membodek' , ' Erhh betul ke cikgu tuh, mana tahu salah pandang', ' Kamu jadi Ketua Pengawas? Gila ke apa cikgu kamu tuh' dan macam-macam lagilah.

Saya pekakkan telinga sebab buat apa saya nak marah atau kecohkan, apa mereka cakap semua tuh tak betul. Tak tahulah apa perspektif mereka pada saya. Yang penting saya tahu diri saya. Ada seorang hamba Allah nih, memang dari kali pertama saya masuk sekolah tuh dia tak sukakan saya. Sampaikan bila saya dipilih jadi Ketua Pengawas, dia boleh kata 'Kau tahu tak, aku sepatutnya yang jadi KP sebab aku anak cikgu dan aku paling lama sekolah kat sini (waktu Darjah 3 baru saya sekolah situ)'. Dengan dia sikit pun saya tak terasa hati, nak tahu kenapa? Dipilih jadi KP atau apa apa jawatan sekalipun cikgu tak tengok kamu nih anak siapa. Selagi mampu menjalankan tugas, dia yang dipilih.

Selama 4 tahun berturut-turut saya dipilih jadi Pengawas Terbaik dan akhirnya jadi Ketua Pengawas. Tentang hal kaki bodek segala, saya nak jelaskan, selama setahun pikul tanggungjawab, hampir semua kerja saya buat sendiri sampaikan gulung wayar lepas perhimpunan rasmi pun saya buat. Bukannya jadi ketua nih boleh senang senang jek arah orang, hampir semua saya yang kena buat. Tiap kali perhimpunan rasmi, kami AJK tertinggi akan bergilir-gilir jadi MC tapi awal tahun jek guna sistem giliran. Sampai pertengahan, tiap tiap minggu saya jadi MC. Bila suruk PKP, S/U atau Bendahari, macam macam alasan diterima.

Alhamdulillah, akhir tahun saya dipilih menjadi Tokoh Pelajar Perempuan. Waktu tuh segala apa yang mereka katakan, segala kerja/tanggungjawab yang perlu dibuat, hilang macam tuh jek. Bila cikgu bacakan biodata saya, terasa bangga sangat. Berbaloi usaha saya selama nih. Berjaya buat mama papa bangga dengan saya. Itu niat asal saya, saya nak banggakan mereka. Biarlah apa orang lain kata. Yang penting saya dah pun berjaya.

Sekarang nih, saya nak buktikan lagi yang saya mampu banggakan mereka untuk kedua kali! Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya timba waktu tuh. Bila karang cerita nih, serta merta rasa bangga balik! Wohh bukan senang okehh jadi KP perempuan, lagi lagi orang bawahan kita lelaki. Nasiblah minah senget nih suaranya memang kasar kalah laki. Berkat hari hari memekik kat rumah suruh adik mandi. Hehe bila masuk sekolah menengah, jawatan pengawas tuh tetap disandang. Alhamdulillah...

JADILAH DIRI SENDIRI DAN USAH PEDULI DENGAN APA ORANG KATA ASALKAN KAMU TAHU KEMAMPUAN DIRI KAMU SENDIRI!