Thursday, April 24, 2014

UK Trip Part I : Loughborough

Assalamualaikum

Hm. Ni cerita lapuk zaman Tun Teja dulu tapi still nak juga cerita. So what?! Haha cari gaduh pula. So yeah, a day after last paper SPM which is Sains Pertanian terus ambil flight awal pagi ke UK. Cuti2 hei. Haha. Memang tabik ah diri sendiri sebabnya sepanjang 2013 langsung tak berganjak bercuti baik dalam mahupun luar negara. Haha kononnya fokus study la tapi hampeh gak. Nasibla. 

Jadinya, habis paper pukul 12 noon 4 Dec 2013 tu habis da paper. Kiranya merdeka ah. Haha terus balik rumah kejap print tiket bagai, check in online bagai. Yes semua buat sendiri sebabnya papa kerja time tu. Kali ni trip aku pergi berdua je dengan adik Fyq. Tapi semua benda harusla akaknya yang siapkan. 

Selesai semua baru mama ambil balik nilai. Kemas baju pula. Memang perangai aku suka buat kerja last minute. Time tuhla baru nak pack bag makanan baju bagai kan. Memang sajaaa XD . So kiranya kemas makan solat semua tuptup da pukul 12 lebih da. Rileks gosok baju, akhirnya tidur la pukul 2 pagi. Tragiknya kerana pukul 0530 da kena bangun. Bersiap. Keluar rumah pukul 7. Walaupun dekat still papa sangat paranoid and keep calling kata suruh ada kat airport by 8. Padahal flight 1030. 

Takpe la. Better awal kan. So ke sana la kami pagi2 buta tuh. Mama babah yang hantar. Bajet macam nak sambung study overseas kan. Mama siap nangis lagi. Hehe katanya ni first time kami travel sendiri. Which is not really true sebabnya aku selalu gak travel on plane sendiri bila balik johor tu. Ok yes johor je pun. Haha. 

Mukadimah ke di atas? Entah. Tak pasti. Apa2pun mari mulakan pengembaraan anda bersama saya. Eceh :)


Passport holder yang akhirnya hilang kat imigresen Heathrow airport. Pakcik imigresen yang takberapa nak handsome lupa pulangkan balik. Mangkuk sungguh. Dahla custom made orange passport ni. Aku sedar pun benda tu takde waktu da masuk taxi. Hoh. 


My space. Not myspace. 


Ni waktu da tuka pjs. Tapi buang masa je tuka bukannya aku tidur pun sepanjang 13 hours flight. Mengadap running man la, movie la, dengar lagu la. Tuptup sampai da. Pastu siapla perangai kan, mabuk time landing. Memang dari dulu jadi perangai mengada tu. 


With Fyq. Nak dijadikan cerita, class ni cuma kami berdua saja. Jadi da buat macam rumah sendiri la kan. Haha gabak berdua bersama. Tapinya kejap je bising sana sini. Lepas makan si Fyq bantai berdengkur dulu. Hoh. Menyampah. 


Alhamdulillah. Selamat sampai setelah 13 jam dalam flight dan aku yang hanya tidur 3 jam setengah a day before. Memang kalah zombie da. Naik je taxi tahap mabuk tu da maksimum la. Terus je tidur. 2 hours lagi nak ke Loughborough tempat mokda. Fyq kata aku tidur da macam typhoon da. Ke kiri kanan kepala tapi sikit pun taksedar. Haha. Patutla bangun2 tengkuk rasa macam kena patah2. 


Mokda's sweet little home. Cozy sangat. And dia punya kawasan macam rumah pakcik Harry Potter yang dalam movie 1st tu. Haha aku adik tidur bawah berdua. Tapi most of the time mokda join sempit menyempit sekali. Ala rindu anak sedara la tu. I know i know :D 


Ni town dia. Takde la besar takjuga kecil. Sangat convenience sebab semua ada kat sini. Mostly la for the groceries memang tak susah. Kalau nak shopping sampai rabak tu better ke outlet la. Lagi best. Tu kengkonon photoshoot la kan. Harus yang jadi mangsanya si tinggi menonjang encik Fyq la. Hehe. Btw, waktu kat sana paling tinggi suhu was 8'C. So tahap kekembungan baju tu adalah kerana aku pakai 3 lapis berserta tudung. Jangan banyak bunyi eh. 


The three of us. Ye. Yang kecik kat tengah tu la mokda. I think most of you guys da tahu sangat gerangannya buah hati pengarang jantung berulam hati i ni kan. Haha. 


Tempat makan. Ala2 nandos. Halal ya sini. No worries. Aku selagi dapat ayam. Hidup aje. 


Ni taktik nak snap yang belakang tu. Tapi apakan daya, tukang snap parkinson la pulaaaa. 


Jalan2 lawat kawasan. The best thing about being tourist is that u can always snap picture anywhere and everywhere without have to be shy about it. Haha seriously. Sakai bantai je semua pun ambil gambar tak kira tempat. Tapi yg mendapat penghargaan kat sini harusla yang tiptop kan. Haha. 


Ni setelah habis satu tesco tu kami borong baru sedar diri hari da malam. Kat sini 4:30 pm pun da malam da. By 8 da gelap gelita tapi perangai malaysian tu tetap bawa, pukul 12 karang baru tidur setelah layan 2-3 cerita hantu buat takut sendiri. 

So itu cerita di loughborough pada hari pertama kami ke sana. Mostly lepastu lepak rumah je dulu. Sesuaikan jetlag kami dulu baru gerak ke mana2. Satu lagi sebabnya both mokda and kak daia (housemate mokda) ada school. So tunggu weekend la nak ke sana sini. Salji takde all the way sepanjang kami di sana. Takpela takde rezeki. Ok. Nanti sambung lagi. Banyak ni cerita perjalanan 14 hari kami di sana. 










Friday, April 18, 2014

Pertikaian

Assalamualaikum. 

Tajuk gempak, kan? Haha. Okla. Like always I love to blab about myself rather than bother about other's bussiness. So yeah. Entering the age of 18, slowly, bit by bit my parents gave me the freedom to walk on my own. Okay not literally. Sebabnya all this while mmg jalan sendiri bukannya mama papa dukung ke apa ke kan. 

Meaning here is that, mama papa da tak kisah anak dara dia naik ktm and keluar dengan kawan2. Though i'm not really favor of that but once in awhile seronok juga. Lagipun aku keluar dgn kawan2 rapat je. As long mama papa tahu siapa mereka then they are fine. Cumanya, bila mula2 papa tak kisah aku naik ktm balik dari KLCC, I was like 'seriously?!'. Haha drama. 

But, although both my parents are ok with me going out and everything, i still hold to their trust for me. Hoi bukan senang hokeh. Aku rasa mama papa start a bit loose since aku masuk plkn. Yela. Taklama lagi pun nak sambung study da. Takkan duduk dengan mama papa lagi kan. That's why. And me being all honest with mama papa. Nak keluar pun senaraikan keluar dengan siapa. Terus terang kata keluar dgn kawan company laki perempuan and tunggu juga papa bising 'kenapa keluar dgn laki bagai' but he was like 'ha, ok. Just take care and keeps calling. No turning off the phone'. Haha that's cute.

Di sini bukan la nak katakan that papa mama takpeduli aku bergaul bercampur keluar sana sini. So far 18 tahun ni baru 2 kali keluar sendiri. All this while semua dengan family. And bagi aku yang baru merasa naik ktm sendiri padahal lesen kereta da on the way taklama lagi, it was a big changed. Aku sendiri tahu menjaga diri dan menjaga batas. 

So, as usual mukadimah harus panjang berjela. Jom mula huraikan pada tajuk di atas. Haha. Turning the age of 18 (still nak emphasize the fact that i'm 18 and already can watch movie that was rated 18&above) , people start to argue about me *homai feeling2 popular la pula kan*. Haha not really the hollywood reality tvshow kinda drama. 

Hm. Mempertikaikan tentang penampilan. Mempertikaikan tentang pilihan. Mempertikaikan tentang siapa dengan aku. Mempertikaikan apa yang diperkatakan. Mempertikaikan sikap ku. 


Change is inevitable. And aku tak terkecuali. I'm trying hard to change and be a good person. Bukan la mengatakan aku ni alim sangat or that semua orang salah and aku je betul. But still, i'm trying. Aku juga, seperti yang diketahui, tidak berapa mempedulikan orang. I'm more to pushing than pulling. So, tak hairan la macam2 bunyi aku dgr. 

Then, orang pertikaikan tentang lelaki2 yang ada dalam hidup aku. Yang selalu menghiasi ruang2 instagram aku. For those who knew me, never gonna talk about it. Sebab mereka itu tahu siapa gerangan2nya yang selalu dengan aku. 


Love of my life. Along, adik, mizan. 


My dearly not-so-little brother


My eternal love. Papa. 


My bodyguard, my enemy, my uncle and my friend. Forever the best and closest uncle. 


My bestfriends. Ajierah & Rianda. Banyak da nama depa berdua dalam blog. Zaman sekolah ceria sebabkan mereka. Kerana Ajierah, aku berjaya dapatkan A for sejarah and maths time PMR sebab dia tukang kejut and tukang ajar. Sebabkan Rianda, aku melalui drama2 dalam lembaga dengan tenang sebab dia   . Rianda juga menjadi penggera aku everytime aku tidur dalam kelas. Haha


Me.

Tutupla segala pertikaian itu. Aku bukanla public figure mahupun orang terkenal yang perlu kalian semak2 kepala memikirkan dengan siapa aku keluar, dengan siapa aku bergambar. Bab kata seorang teman, 'kalau tak kisah kenapa fikir?'. Aku terpaksa fikir sebabnya nama keluarga menjadi taruhan. Tidak tahu cerita tetapi habis ditokok tambah kalah siri Harry Potter. Selama hidup aku, segala waktu aku habiskan untuk keluarga. Berkawan itu perlu, selagi batasan itu menjadi pegangan aku. InsyaAllah. Kata teman itu lagi, ikhtilad. 

Syukur aku terus syukur kerana yang terus berada dengan aku baik keluarga mahupun kawan adalah mereka yang mampu bersama ku baik di saat aku gelak2 mahupun di saat aku terus terus menangis. Mereka tidak lekang dengan nasihat dan semangat untuk ku. Mereka juga menyakat, menegur, memarahi tetapi mereka juga yang aku sayang. Mereka yang dengan ku adalah mereka yang kukuh dengan ku biarpun sikap aku yang suka menolak itu pernah terkena pada mereka juga. Mereka tahu siapa diri ku. Mereka juga yang, insyaAllah, aku mampu percaya. InsyaAllah. 





Monday, April 14, 2014

All This While

For 2 years the blog has been no update at all. Hehe maafla mendiamkan diri sebegitu lama. Bukanla kerana kekangan masa mahupun ketidakcukupan waktu. Namun, sejujurnya terlupa akan kewujudan ruangan ini. Mungkin terlalu lalai pada hal hal duniawi. Ok stop. Kejap lagi melalut tah ke mana. 

Finally. I, successfully graduated from high school *keluar lagu high school musical 🎶*. Alhamdulillah, tamat sudah zaman persekolahan. 11 tahun menuntut ilmu tapi tu bukanla penamatnya, masih mahu meneruskan. Hm. Another thing, tamat da latihan di PLKN. Yes yes. Anda sedang berhadapan dengan bekas wirawati PLKN kem Sinaran Suria, Sungkai, Perak. Homai 😁

Taksangka taksangka. 18 tahun usia ku. Bagaimana la perbezaannya penulisan pelajar tingkatan 3 SMK Bandar Baru Sungai Long dengan diri ku kini. Entah berbeza entahkan tidak. 

Well. Makin matang kah? Macam gitu juga kah? Hm. No comment. Haha. Rasa pada diri sepertinya tiada apa yang berubah tetapi feedback sekeliling banyak mengatakan aku makin lain. Harusnya lain bagaimana ya?

Hm. So let me begin the story. Homai baru sedar mukadimah panjang berjela. Haha. 2012, baru bergelar pelajar upper form. Bajet2 senior la kan. Haha. Tahun paling struggle dengan pelbagai drama dalam lembaga. U know what i mean right?! Those times were the hardest for me. Alhamdulillah, as always Rianda and Ajierah are always with me. Love you both. 

Then, 2013. Hoooo this is the real SENIOR YEAR! Although tahun ni SPM and drama dalam lembaga takpernah ada kesudahan dia. Aku sangat bahagia. Sangat happy with the classmates and teachers. Struggle study, struggle. Stress study, stress. Drama sana sini, harus. Tapi tetap seronok. Mungkin kerana mind psychology yg mengatakan 'this is your last year, sweetheart'. Haha over di situ. 



Right after SPM, terus fly ke UK for 2 weeks. Spent time kat sana. Jalan2 Paris. Tapi hati berat nak balik sebabnya tahu tanggungjawab seterusnya menanti. Yes. That was PLKN. Kat UK lagi papa da tunjuk surat PLKN waktu facetime. Homai sedih kot. Haha nangis taksudah. Memang tiada kerelaan ah. Niat di hati taknak balik je from UK. Lantak pi la /ok tu cuma hasrat hati seorang remaja yg rebel/. 


Hah. 2014. Sampai da perjalanan di sini. Mula tahun je da kena pergi. Huwaa. Pula tu pergi mama papa takhantar. Tokmak sayang juga hantar. Mama hospitalised sebab operation. Papa harusla fly. Sokay sokay. Soooooo, terus tuka title jadi wirawati PLKN. Seronok? Alhamdulillah, finally aku rasa sangat seronok di sana. Though quite culture shock sebabnya banyak orang macam ragam. 

Tapi dormmates and company mates sangat2 baik. Alhamdulillah. And, i found myself there. Banyak da aku lost selama ni. Syukur aku dipilih Allah. Yela. All this while, too much in comfort zone. Tu jadi mengada taksuda. Padan muka kena campak ke Sungkai sana. Padan muka 😛. Hehe. Then, jumpa kawan2 yang baik and sepertimana yang sudah diketahui, cik fadhilah ni memang paling payah nak ngam dengan org. 

So it was like, haih, mmg payah ah. jumpa pula dua orang ni yg mana buat aku double triple culture shock kan. Haha. But siapa pun tahu perancangan Allah kan. Dari awalnya annoying nak mampus dengan depa tu, tuptup boleh ngam sampai la sekarang. Oh well. Alhamdulillah lagi. So yeah, Luqman and Fahmi, you just been honoured by me to get mention here. Haha da takyah kembang ! 




Haha. And now, i'm offically a penganggur ! Masih menunggu keputusan UPU or any opportunities. Mendoakan yang terbaik untuk diri. InsyaAllah. 😊 

Till then. 


Saturday, January 28, 2012

Siapa Kita ?

~ Assalamualaikum ~

Siapa kita? Dalam pertanyaan lain, siapa kita untuk menghukum seseorang ? Yes ! Hari nih Dila nak bincang tentang sesuatu yang pada pandangan Dila tak sepatutnya berlaku. Hal ini berkenaan insan yang dilahirkan tidak sempurna atau erti kata lain, OKU. Dila pelik, teramatnya pelik dengan sikap sesetengah manusia yang memandang serong pada golongan yang dilahirkan tidak sempurna ini. Main point di sini, kenapa kita perlu pandang serong pada mereka mereka ini ? Hina sangat ke mereka dan mulia sangat ke kita ?

Tapi kenapa mat rempit - mat rempit yang tempah bala sendiri tuh, boleh pula ada yang sanjung ? Dila di sini menceritakan hal general, takde kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma Dila nak semua pembaca Dila buka mata dan buka minda. Bagi Dila orang yang dilahirkan tidak sempurna nih, sikit pun tidak salah apa2 kerana bukan kehendak mereka untuk dilahirkan sebegitu rupa tetapi sudah takdir Allah yang menentukannya.

Jadi kenapa perlu kita pandang serong ? Ada yang mengatakan, anak sindrome down nih menyusahkan sehingga sanggup menghantar mereka duduk jauh di rumah kebajikan atau sebagainya. Ada yang malu mempunyai anak sebegitu rupa. Ada yang lebih kejam dengan menganggap anak2 seperti ini hina. Tiada hati perut ke ? Tidak pernah terfikir ke perasaan insan tersebut ? Dila tahu tak semuanya begitu tetapi tetap ada tanggapan2 negatif daripasa masyarakat.

Mereka juga manusia, makhluk Allah seperti kita. Jadi kenapa perlu bersikap begitu ? Bagi Dila ibu bapa yang berjaya mendidik anak2 sindrome down nih adalah ibu bapa yang paling tabah, sabar dan cekal dalam dunia. Anak2 sindrome down nih sebenarnya kalau kita didik dengan betul, mereka mampu melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik berbanding kita yang normal ini. Sedangkan kita yang Allah ciptakan cukup segalanya tetap melakukan perkara yang sia-sia.

Pada pandangan mata manusia, mereka ini memang tidak sempurna tetapi di sisi Allah, insan2 ini la sesempurna manusia. Mereka tidak pandai menyakitkan hati orang. Mereka penyayang. Hati mereka lembut. Kenapa perlu bersikap kejam ? Kenapa perlu kita menjatuhkan hukuman dengan tidak mengendahkan mereka ? Ada juga sesetengah yang seperti mencemuh insan2 seperti ini, mencemuh keluarga mereka. Sungguh kata, Dila tak faham mengapa ! Apa la salah mereka, apa la salah keluarga mereka.

Jadi Dila minta, janganla ada tanggapan negatif lagi terhadap insan2 istimewa yang juga makhluk Allah. Yang turut ingin merasa nikmat dunia yang Allah berikan. Allah itu Maha Adil buat semua umatNya. Ingat ! Kita bukan sesiapa untuk menjatuhkan hukuman kepada manusia lain. Semua insan berhak merasai nikmat hidup yang Allah berikan.

Entri nih buat renungan dan ingatan semua termasukla Dila. Jangan kita terlalu lalai dan leka kerana dunia nih bersifat sementara. Berbuat baik sesama insan. Takde ruginyaa. Percaya la ! That's all for today. Thanks sebab baca :)

Saturday, March 12, 2011

MasyaAllah


~ assalamualaikum ~

Semalam kita semua dikejutkan dengan bencana tsunami sekuat 8.9 pada skala ritcher yang melanda Tokyo, Jepun. Hari ini semua surat khabar dan berita disajikan dengan keadaan Tokyo sekarang. SubhanaAllah, ranap bandar Tokyo apabila dilanda bencana alam tersebut. Kita warganegara Malaysia nih sepatutnya bersyukur kerana negara kita tak pernah lagi dilanda bencana alam sebegini. Sama samalah kita berdoa agar kita semua dijauhi malapetaka.. Nih ada beberapa gambar selepas kejadian di Tokyo, Jepun. Credit to Mr. Google >







Haa banyak kebakaran yang berlaku di sana sini. Tambahan lagi Jepun terkenal dengan kilang kilang kejuruteraan dan juga minyak termasuklah kilang nukleur. Kereta tersadai di merata rata tempat. Kapal kapal layar berada di tengah tengah bandar. SubhanaAllah.. baru tadi Dila tengok video ketika tsunami melanda Tokyo kat Buletin Utama. Ada juga video amatur sebuah bangunan pencakar langit bergoyang ketika berlaku gegaran. Dah cari, ingat nak letak dalam blog sekali tapi tak jumpa pula klip tuh.

Hmm, apa apa pun banyakkan bertawakal dan berdoa agar kita semua dijauhkan daripada semua ini. Pada mereka di Tokyo, Jepun banyakkan bersabar yeaa..




Friday, March 11, 2011

Ya Allah!


~ assalamualaikum ~

Baru dapat berita tentang gempa bumi dan tsunami yang melanda Tokyo, Jepun. Sesak nafas, jantung dan segala organ badan yang lain! Papa Dila pula kena ke sana. Ya Allah moga moga papa selamat. Sekarang nih tengah mengira waktu hingga jam 5 kerana kalau diikutkan pada pukul 5 papa akan touchdown kat runway. Lepas tuh dia mesti call Dila. Dahlah since dia ke sana langsung takde sms tapi Dila okehh lagi sebab tahu kat sana susah sikit nak dapat connection. Bila cek berita online hari nih, Tuhan jek tahu betapa risaunya Dila sekarang nih. Nih Dila ada paste sekali artikel berita tentang kejadian tersebut >


JAPAN ROCKED BY POWERFUL EARTHQUAKE AND TSUNAMI

Japan was struck by a magnitude 8.9 earthquake off its northeastern coast Friday, unleashing a 4-metre tsunami that washed away cars and tore away buildings along the coast near the epicentre. There were reports of injuries as far away as Tokyo.

In various locations along Japan's coast, TV footage showed massive damage from the tsunami, with dozens of cars, boats and even buildings being carried along by waters. A large ship swept away by the tsunami rammed directly into a breakwater in Kesennuma city in Miyagi prefecture, according to footage on public broadcaster NHK.

Officials were trying to assess damage, injuries and deaths from the quake but had no immediate details.

The quake that struck at 2:46 p.m. local time was followed by a series of powerful aftershocks, including a 7.4-magnitude one about 30 minutes later. The U.S. Geological Survey upgraded the strength of the first quake to a magnitude 8.9, while Japan's meteorological agency measured it at 7.9.

The meteorological agency issued a tsunami warning for the entire Pacific coast of Japan. NHK was warning those near the coast to get to safer ground.

The Pacific Tsunami Warning Center in Hawaii said a tsunami warning was in effect for Japan, Russia, Marcus Island and the Northern Marianas. A tsunami watch has been issued for Guam, Taiwan, the Philippines, Indonesia and the U.S. state of Hawaii.

The quake struck at a depth of 10 kilometres, about 125 kilometres off the eastern coast, the agency said. The area is 380 kilometres northeast of Tokyo.

In downtown Tokyo, large buildings shook violently and workers poured into the street for safety. TV footage showed a large building on fire and bellowing smoke in the Odaiba district of Tokyo.

In central Tokyo, trains were stopped and passengers walked along the tracks to platforms.

The ceiling in Kudan Kaikan, a large hall in Tokyo, collapsed, injuring an unknown number of people, NHK said.

Footage on NHK from their Sendai office showed employees stumbling around and books and papers crashing from desks. It also showed a glass shelter at a bus stop in Tokyo completely smashed by the quake and a weeping woman nearby being comforted by another woman.

Several quakes had hit the same region in recent days, including a 7.3 magnitude one on Wednesday.

Thirty minutes after the quake, tall buildings were still swaying in Tokyo and mobile phone networks were not working. Japan's Coast Guard has set up task force and officials are standing by for emergency contingencies, Coast Guard official Yosuke Oi said.

“I'm afraid we'll soon find out about damages, since the quake was so strong,” he said

Doakan semoga papa Dila selamat tiba lagi beberapa jam nih erhh! Tadi isteri kawan papa, Aunty Mas yang sama sama ke NZ dengan Dila dulu kata pukul 2 pm tadi airport dah tutup tapi rasanya papa sempat depart. Sama samalah kita doakan yaa

Wednesday, March 2, 2011

Apa?! H1N1 serang balik!


~ assalamualaikum ~

Yupp! H1N1 dah serang balik. Minggu lepas ada seorang pelajar sekolah Dila meninggal dunia akibat serangan H1N1. Lepas tuh dua orang cikgu sekolah sah kena H1N1 juga! Tuh pasallah pihak sekolah kalut bila hal nih terjadi. Pagi tadi sesiapa yang tak sihat disuruh pulang. Kebetulan pula Dila nih baru baik demam, batuk pula masih teruk. Tak pasal pasal kena hantar balik. Bosan betul, nasib baik papa ajak temankan dia ke Pavilion. Hehe.. untuk esok dan lusa juga pelajar pelajar semua dicutikan.

Ujian bulan Mac yang sepatutnya bermula pada minggu hadapan juga ditunda. Segala aktiviti seperti prep, kelas tambahan, bengkel dan seminar juga dibatalkan. Kem Pengawas pun ditunda, sepatutnya hujung minggu nih Dila dan semua pengawas pergi ke Bukit Cahaya, Shah Alam untuk Kem Pengawas. Aduss semua aktiviti/rancangan terbantut. Mak aihh, dua hari cuti tambah Sabtu Ahad memang mati kutulah!

Tadi baru jek keluar berita pasal sekolah Dila. Pihak kementerian kesihatan kata sekolah akan ditutup sehingga diberitahu bila boleh mula sekolah semula. Berbelas orang juga pelajar yang mengalami simptom-simptom H1N1. 149 pelajar pula disuruh pulang. Sesi petang pula disuruh pulang juga petang tadi. Pihak Buletin Utama tidak dibenarkan masuk sebab langkah berjaga-jaga. Aishhh seramlah pula nih..

Takpe takpe, akan digunakan sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran! Hehe sekarang nih tak boleh nak main main macam tahu lepas. Tahun nih tahun penting! Wahh semangat gitu walaupun awal awal tahun sekolah dah kucar kacir dengan hal macam nih. Harap haraplah semua masalah nih tak menjadi makin rumit. Ada pula tuh yang kata silap hari bulan sekolah tuh ditutup terus. Ishkk penyakit nih kita bukannya boleh nak tepiskan. Selagi boleh cegah, kita cegahlah. InsyaAllah..

JAGA KESIHATAN YAH :)

Friday, February 25, 2011

Entah Desa Mana Yang Kami Rentas!


~ assalamualaikum ~

Alkisahnya, Sabtu lepas ( 19/02/2011 ) berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa di SMK Bandar Baru Sungai Long! Yaa, sekolah Dila lah tuh, buat apa nak update sekolah lain kan. Hehe bolehlah kalau nak google sekolah Dila yang tercinta tuh :) Okehh untuk entri kali nih sepatutnya ada gambar tapi time time macam nihlah semua gambar tuh boleh hilang pula. Aishh senget betullah. Okeh okeh lupakan pasal gambar yang pastinya Dila paling comel *okehh sila muntah* hehe.

Hmm, macam biasa datang seawal 7 pagi sebab nih sekolah ganti untuk cuti Raya Cina hari tuh kan. Dila memang semangat jek datang pagi pagi tuh kan! Hehe pakai baju hijau atau Uranus. Hee tuhlah nama rumah sukan Dila. Lepas tuh kumpul dengan kawan kawan dulu sementara tunggu kena beraturkan. Then, dekat pukul 7.30 a.m tuh cikgu buat pengumuman sesi pagi beratur dekat padang untuk ambil kedatangan. Uishh bab nih yang lemah sikit sebabnya manusia manusia yang sekolah di SMKBBSL semuanya susah sikit nak ikut arahan. Kena pula beratur ikut kelas. Adoihh tak lari lagi dah berpeluh dah.

Selesai beratur (akhirnya, setelah kena ugut dengan cikgu) , barulah guru-guru kelas ambil kedatangan kecuali kelas Dila sebab Puan Suhaila tak datang. Anak beliau tak sihat pula pada hari itu. Ketua kelas pula macam dungu jek, boleh dia buat tak tahu jek padahal cikgu bertugas dah kata kalau tak ambil kedatangan, setiap mata yang dikumpulkan untuk rumah akan ditolak. Haiyaa, masa tuh ada beberapa kelas takde cikgu. Masing masing muka dah tegang sebab dah banyak kali kata ' Kelas kami takde cikgu, bukan salah kami tak ambil kedatangan ' . Wahh sungguh macam berpiket pula, asal saja masing masing tak pegang sepanduk. Hehe Dila pun termasuk orang yang protes tuh :)

Lepas tuh, adalah cikgu yang ganti ambil kedatangan untuk kelas Dila. Selesai semua tuh, cikgu bahagi pada rumah sukan masing masing. Terdiri daripada 5 rumah semuanya iaitu Uranus - Hijau, Ungu - Musytari, Kuning - Zuhal, Biru - Neptune dan Merah - Marikh. Hee planet gitu! Masa kumpul semua kat padang tuh, macam macam lagu MC pasang. Lepas tuh buat aerobik sikit ikut rumah sukanlah. Biasalah semangat bersaing tuh sangatlah tinggi bila tiba hal sukan. Sejak dulu sampai sekarang. Even buat aerobik pun boleh nak berlawan rumah mana lagi terer. Huhh tragik sungguh tapi seronok!

Selesai mengarut kat padang tuh, cikgu kumpulkan semua orang. Cikgu lepaskan pelajar lelaki ikut kelas. Kelas I untuk pelajar Ting.5&4 , kelas II untuk Ting.3 dan kelas III untuk Ting.2&1 . So, bila dah lepas pelajar lelaki , pelajar perempuan pula ambil tempat. Hehe Cik Dila nih memang kat depan sekali tapi mula mula tak lari. Kononnya nak kumpulkan stamina selain nak elak daripada tiba tiba jatuh tersungkur cium rumput kat padang tuh pula kan. Bila dah sampai check-point kedua baru lari. Untuk Kelas II perempuan, kami kena kumpulkan tiga cip dari tempat check-point 3,8 dan 10. Alhamdulillah Dila habis kumpul semua. Bila merentas desa, Dila tak suka lari ramai ramai dengan kawan sebabnya nanti bukannya lari tapi berborak. Ada tuh siap berdating segala. Ishkk come on.. macam mana nak menang. hehe :)

so, Dila larilah sorang sorang sambil dengar iPod sendiri. Lagi best okeh! Sampai jek kat check-point ke-7 , dada Dila dah rasa perit. Mula daripada situ lari pun asyik urut dada jek. Seriously tak boleh nak berhenti sebab taku kalau berhenti boleh terus pengsan. Jadinya Dila lari jek sampai ke sekolah tapi tak pergi ambil nombor sebab dah tak tahan sakit dada. Cepat cepat masuk kelas, jalan slow slow, sampai kelas terus duduk minum air baru rasa okehh balik! Hee memang sengal lah. Susah sikit Dila nih nak aktif sebab banyak sangat faktor kesihatan. Aishh bosan betul.

Hampir 1 jam lepas tuh baru dengar cikgu buat pengumuman suruh berkumpul kat Dataran Cendekiawan untuk keputusan akhir. Wahh time nih lah baru bersemangat balik sebabnya boleh bersorak macam tengok bola kat stadium Bukit Jalil tuh. Hehe.. pemenang dikira daripada tempat ke 20 hingga 1. Alhamdulillah rumah hijau banyak kumpul markah terutama sekali sebab ramai yang dapat kumpul cip tuh. Untuk piala mngikut kelas, rumah hijau menang Kelas II lelaki dan perempuan, dan kelas III perempuan kalau tak silap. Keputusan penuh pula, tempa t ke 5 rumah merah, ke 4 rumah kuning, ke 3 rumah biru, ke 2 rumah ungu dan johan mestilah rumah HIJAU!! Haha waktu nih Dila sorak macam nak gila arhh, hehe semangat okeh lagi lagi bila kita pun ambil bahagian. Barulah terasa kemenangan tuh bermakna.

Kebanyakkan ahli ahli rumah Ungu tak puas hati sebabnya dah bertahun tahun rumah ungu yang bolot kemenangan tuh. Alhamdulillah tahun nih rumah hijau. Hehe takpe lah, adat berlawan. Ada menang ada kalah *haha ayat orang yang dah menang* . Hehe seronoknya macam menang untuk Malaysia pula. Hehe yang buat tambah seronok nih sebabnya sekolah tuh ada 2800 pelajar, jadinya bila bersorak tuh memang gamatlah sekolah kan. Hehe satu lagi, bila ada yang kalah pelajar pelajar kat situ takde yang kata ' BOOOOOOOOO ' hehe.. ada jugalah sikap saling menyokongkan. Hehe so far, merentas desa tahun nih memang menyeronokkan. InsyaAllah tahun depan HIJAU mesti menang lagi :)

SUKAN MENYERONOKKAN

Friday, February 18, 2011

Anti-Cinta? Mana Ada!


~ assalamualaikum ~

Haa kenapa dengan tajuk tuh? Seperti yang semua tahu, Cik Dila nih manalah menyokong aktiviti bercinta ketika zaman persekolahan TETAPI bukan juga anti dengan cinta nih! Setiap manusia dikurniakan Allah perasaan cinta. Kita cinta pada ibu bapa, cinta pada kawan kawan, cinta pada keluarga, cinta pada Allah, cinta pada nabi dan sebagainya. Konsep cinta yang Dila tak berkenan sekarang ini adalah BERCINTA KETIKA SEKOLAH. Iyea, zaman sekarang nih bercinta ketika sekolah adalah sesuatu yang biasa. Bagi Dila pula, dari sudut pandangan seorang remaja zaman kini, bercinta waktu sekolah nih membebankan! Dila tak mengejek atau mengcemuh orang yang bercinta waktu sekolah, cuma tolong jangan nak kusutkan kepala orang lain pula.

Hehe kenapa Dila cakap macam tuh? Di sekeliling Dila, maknanya kawan kawan Dila kebanyakkannya dah ada buah hati. Memang mula mula bercinta tuh, hahh semuanya seronok. Orang nih ambil beratlah, orang nih baiklah dan macam macam lagi. Tapi cuba tengok 2-3 bulan lepas tuh ( itu pun kalau bertahanlah ), mamat tuh menyemaklah, mamat tuh main mata dengan orang lainlah, mamat tuh SMS dengan perempuan lainlah. Haa bukan setakat kusutkan kepala sendiri, kepala Dila pun ikut sama kusut sebabnya tiap tiap pagi datang jumpa Dila bukannya nak tanya apa khabar, bagi salam pun takda terus jek ' Dila, mamat tuh buat perangai lagi' . Erhh kita pun jadi angin jek satu badan. Haha tuhlah senario sekolah menengah sekarang nih.

Perasaan cinta tuh ada pada setiap manusia yang dikurniakan Allah perasaan. Dila sendiri akui pernah terdetik kat hati nih nak rasa apa itu cinta tapi pelajaran sentiasa menjadi keutamaan. Cukuplah sekadar merasai cinta pada Allah, ibu bapa dan keluarga kerana itu adalah cinta teragung. Cinta di antara lelaki dan perempuan pula pasti akan wujud pada diri manusia keran Allah telah menentukan bahawa setiap benda hidup di dunia ini ada pasangan. Jodoh/pasangan kita sudah pun ditentukan oleh Allah. Jadi kita sebagai manusia perlu berusaha mencari. Berusaha setakat yang mampu dan sentiasa berdoa agar pasangan kita itu adalah pasangan yang akan kekal hingga ke akhir hayat. Jangan pula terlalu obses mencari pasangan sampaikan hal hal lain entah ke mana perginya.

Sepanjang 15 tahun Dila hidup, macam macam konsep cinta yang Dila dah tengok. Drama dunia yang tiada penghujungnya. Ada yang bertemu bahagia tetapi ada juga yang berduka melihatnya. Ada yang mempertahankan cinta tanpa ikatan tetapi berlandaskan Islam selama bertahun tahun. Penghujungnya belum diketahui lagi. Ambil sahaja contoh mama papa Dila, mereka berkahwin selama 18 tahun tetapi sudah takdir Allah, cinta mereka berhenti setakat itu sahaja. Akhirnya, Allah temukan cinta pertama papa dahulu iaitu kawan sekolah dia yang akhirnya menjadi mummy Dila sekarang. Dila terima mummy seadanya dan Alhamdulillah, papa bahagia. Begitu juga mama, mungkin tiada siapa yang tahu penderitaan dia selama ini. Dila sebagai anak hanya mampu menjadi semangat untuk dia teruskan kehidupan. Alhamdulillah, Allah temukan juga dia dengan cinta sejati. Siapa sangka orang tua bercinta lagi dasyat daripada orang muda. Babah seorang yang sangat baik dan Dila bersyukur sangat sangat Allah temukan dia dengan mama.

Mungkin cinta antara mama dan papa tidak berhasil walaupun sudah 18 tahun berkongsi hidup tetapi percaturan hidup yang ditentukan Allah itu lebih indah daripada jangkauan kita. Mama dan papa bertemu cinta kedua mereka dan jelas terpancar kebahagiaan di mata mereka berdua. Walaupun sudah tiada ikatan lagi, terserlah keakraban mereka sebagai kawan dan juga saudara sesama Islam. Mereka tetap berhubung demi kami anak anak mereka. Bagi Dila, biarlah orang kata hidup Dila tidak sempurna kerana punya keluarga yang berpecah belah. Mereka hanya melihat pada yang tersurat, tetapi yang tersiratnya penuh dengan kebahagiaan. Dila bersyukur dengan hidup Dila sekarang dan Dila bahagia bila mereka bahagia. Buat apa nak bermuram durja, mereka hanya berpisah dan Dila adik beradik masih dapat merasai kasih sayang mereka.

Cinta itu terlalu banyak konsepnya. Apa pun caranya, cinta pastinya sesuatu yang indah. Sesuatu yang kita tak boleh nak buat buat kerana perasaan itu hadir dengan sendiri. Tapi sentiasa kena ingat, apa cara sekalipun cinta itu hadir dalam hidup kita, jangan sesekali mengatasi cinta kita pada Allah kerana dari Dia lah kita dapat merasai cinta itu. Begitu juga cinta dan kasih kita pada ibu bapa kerana jika tiada mereka masakan kita wujud di muka bumi ini untuk merasai cinta. Rasanya panjang pula cerita pasal cinta nih kan. Bagi yang masih bersekolah lagi, kejarlah ilmu kerana tanpa ilmu, pakwe/makwe pun lari. Hehe yelah, siapa nak orang yang tiada masa depan bukan? Setiap orang mahukan yang terbaik dalam hidup mereka termasuklah Dila. Jadinya, kalau nakkan yang terbaik, kita perlu bentuk diri kita dulu :)

CARILAH CINTA BERLANDASKAN JALAN ALLAH

Monday, February 7, 2011

Auckland Trip Part 3



~ assalamualaikum ~

Alhamdulillah, hampir berjaya menghabiskan entri tentang percutian ini! Seronok seronok.. yelah takdelah terperam jek. Okehh gambar kali nih sikit sangat sebab dah nak balik. Nih kira last day. Tapi pagi tuh kami keluar breakfast kat Denny's than jalan jalan kejap nak cari souvenir along. Yeaa cik abang sorang tuh dah nak balik baru teringat tak beli apa apa langsung. Sangat sengal. pick up hour adalah pada jam 12.45 tengah hari. Meh layan gambar lagi..



nih kira mall
tapi takde benda pun
lagi best jalan jalan kat tepi jalan tuh
lagi macam macam benda ada kat situ



haa apa sebab ambil gambar nih?
nih nak cerita sikit
kat NZ isyarat pejalan kaki nih elok jek berfungsi
berkhidmat untuk kesenangan pejalan pejalan kaki
bahkan bagus jek berkhidmat untuk orang buta okehh
tapikan kalau kat M'sia, kejap jek dah tak berfungsi
marilah kita sama sama ambil contoh yang baik nih
nih tak, yang tak elok juga yang diikutnya
haishhhhh



yeayy betul dah nak keluar dah
papa pun dah siap beruniform dengan blazer segala
hehe tuh yg pinky pink tuh anak perempuan dia tau
hahaha :)


dalam lif gelap
yeaa tahu tahu saya dah memang gelap!
owhh yeaa, tak nampak ke baju baru tuh?
haha baru jek beli tau
beli kat COTTON ON jek


along dan adik
tukang angkat beg



University of Otago
kat kawasan nih agak aman damai sikit
syokk arhh siapa dapat belajar kat situ


akhirnya, nihlah gambar terakhir percutian untuk tahun 2011
setakat nih :)
CITY OF SAILS hope to see you soon
mana tahu ada rezeki ke sini lagi

Jadi, itulah cerita Dila sepanjang berada di sana. Balik pada 3 Februari 2011. Sampai kat KLIA jam 9 malam waktu M'sia. Satu pengalaman yang amat bernilai. Alhamdulillah rezeki ke sana. Melihat sendiri budaya hidup orang sanakan. InsyaAllah ada rezeki ke tempat lain pula. Bolehlah cerita ceriti lagikan. Apa apa pun, terima kasih pada sesiapa yang sudi dan setia baca entri entri Dila nih. Special credit to KAK IZU! Terima kasih sebab selalu komen entri Dila. Hee :)

BAIKLAH TAMAT SUDAH CERITA DILA
ALHAMDULILLAH BERJAYA JUGA :)